Sedihnya bila baca berita kes Covid19 hari ini di Malaysia. Melihat angka-angka yang tertera itu dada jadi sebak. Tambahan pulak bila ada jiran tetanga yang khabarnya turut positif Covid 19. Aduhai... sedih rasa hati. Tapi itulah, dalam membaca berita sana sini, timbul pulak idea untuk menulis dalam diary sebagai kenangan.
Menulis warkah fiksyen bila ilham datang. π
πΏπΏπΏπΏπΏπΏ πΌπΌπΌπΌπΌ πΏπΏπΏπΏ
Ucapan salam serta
doa dimulakan sebagai pembuka bicara.
Apa khabar Kanda disana? Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang dari Allah swt hendaknya.
Adapun
saat ini dinda hanya ingin berbicara meluahkan apa yang dirasa dalam dada.
Sepertimana yang telah Kanda ketahui tanah air kita ini masih lagi diserang
penyakit Halimunan. Bahaya sungguh penyakit itu, sungguhlah dinda berasa walang
kerana ramainya rakyat yang telah diserang. Ada yang telah terkorban nyawa. Adinda
menerima perkhabaran duka ini dari sidang pembesar bergelar. Untuk hari ini
sahaja khabarnya lapan ribu lebih rakyat diserang halimunan. Yang terkorban
atas serangan sudah seratus lebih. Manakan hati tidak hiba mengenang akan bala
yang menimpa.
Ramai rakyat berkeluh kesah takutkan halimunan dan mencari rezeki menjadi serba payah. Entah apalah yang diperbuat oleh memanda menteri semua dan para pembesar bergelar. Ada yang buta dan tuli agaknya. Namun mujur ada juga sesetengah dari mereka berlapang dada dan ringan tulang. Tidaklah semua rakyat terputus bekalan makanan.
Kanda, maafkan dinda kerana lama tidak mengirim berita. Ketahuilah Kanda, bahawa dinda sihat sejahtera sahaja. Semoga Kanda di seberang sana pun begitu juga. Bagaimana keadaan di tanah jajahan Romawi? Adakah Kanda turut sama menepung tawar dan menurunkan ilmu Pawang disana? Apapun yang Kanda lakukan, jagalah diri supaya tidak diserang oleh penyakit Halimunan ini.
Bunga Kemuning Bunga Kenanga
Diwaktu
malam harum baunya
Semoga
diberi kekuatan jiwa
Melawan
penyakit tak nampak dimata
Dinda
sudahi warkah ini dengan doa agar Allah swt memelihara kita dari segala
penyakit yang berbahaya.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Dinda
yang jauh,
Tun
Melati Putih
No comments:
Post a Comment