Ada sesapa nak buat Roti?

Resepi Roti ni aku dah cuba beberapa kali. Ternyata menjadi. Anak-anak pun suka. Korang cubalah buat pulak ye.

Basic Sweet Dough
Bahan A:-
330 gm High protein flour (sesetengah kedai dia sebut tepung roti)
1 1/2 tbsp Milk powder
60 gm Gula Caster

Bahan B:-
1 biji Telur - grade A

Bahan C:- (Mixed together)
120 ml Water
10 gm Instant Yeast (biasa guna Mauripan je)

Bahan D:-
40 gm butter

Cara-caranya:-

Campurkan bahan A didalam mixer. Putarkan perlahan sehingga sebati dan masukkan bahan B dan bahan C. Putarkan dough tersebut selama 5 minit untuk menjadi lembut. Akhir sekali masukkan bahan D, putar selama 5 minit sehingga doh menjadi lembut dan elastik.

(untuk pengetahuan korang aku tak guna mixer pun, tapi uli tepung tu secara original guna tangan. Letih le juga. Tapi berbaloi. Pastikan doh tu lembut boleh diregang/ditarik. )

Letakkan doh didalam mangkuk. Tutup dengan tuala lembab dan biarkan ia selama 30-40 minit sehingga double size. Selepas itu tumbuk doh tersebut (ini dipanggil proses buang angin)

Timbang setiap doh kepada 60gm. Leperkan doh dan masukkan inti (ikut suka sama ada kacang merah atau kaya) kalau nak kosong pun ok juga. Rehatkan doh selama 5-10 minit sehingga ia mengembang sedikit.

Kalau suka sapukan telur(yang telah dipukul) diatasnya dan bakar selama 12-15 minit pada suhu 180c

Ataupun boleh juga sapu butter diatas roti setelah roti masak.

Main Sumpah-Sumpah

Dollah - "Wooi! Apa ni. Tak baiklah main sumpah-sumpah. Korang tak ingat ke cerita Gajah kena sumpah dengan Sang Kelembai? Cerita tentang Batu Gajah tu?"

Sepol - "Sumpah! Lah. Si Nuar tu 'tenet' aku semalam. Kau faham ke tak makna tenet ni? Habis sakit badan aku di tenetnya. Kalau tak caya meh aku tunjuk badan aku yang lebam ni. Kalau tak pun, kau suruh je si Nuar tu sumpah pulak."

Dollah - "Huh!. Ntah hapa-hapa..."

Ajib - "Aku caya cakap kau Pol. Aku pun nak bersumpah gak. Sumpah! Lah... Aku tak kenal pun si Alan anak Cina Tuu Yaa tu"

Dollah - "Sikit pun aku tak percaya lah Ajib. Nuar dah tunjuk kat aku gambar ko masa pergi rumah Alan!."

Ajoi - "He....he....he..., seronok pulak dengar korang main sumpah-sumpah ni. Aku pun nak join sekali boleh tak?"

Dollah - "Ko jangan sibuk!. Baik kau pergi jaga lembu-lembu kau kat padang tu. Karang kalau lembu tu hilang rugi pulak bisness bapak kau. Eh! tengok kat atas dahan pokok tu...nampak macam 'Sesumpah' je..."

Dollah - "Wooi! Jom Blah lah wooi.... Karang tak pasal-pasal kita semua kita sumpah dengan Sesumpah tu...."

KUASA?

Ketika di tampuk kuasa
janganlah alpa dan leka
kerana ruang gagal akan terbuka
musuh pula menaburkan racun berbisa

Kuasa dan Harta satu petaka
tak dijaga bawa bencana
ramainya orang ingin merasa
berbagai helah diguna dijaja
asalkan kantung penuh sentiasa
tak peduli lagi aib dan nista

Andai perasan adanya kuasa
mengorak langkah ke Singgahsana
jangan pula riak dan bangga
kerana itu pinjaman sahaja
yang lebih berkuasa hanya DIA

Ketika Duka datang menyapa...

Minggu ini banyak betul khabar duka yang ku terima. Ramai teman-teman yang menerima musibbah. Bersabarlah menerima dugaan ini.

Ida yang baru kembali bekerja setelah hampir setahun bercuti sakit itupun datang ofis masih bertongkat tiba-tiba dia jatuh semula dan menyebabkan tulang pinggulnya renggang kembali. Aduhai.... Kesian Ida. Baru je masuk ofis 2 hari dah kena berehat semula.

Zarina - Patah tanggan kerana kemalangan motor.

Junaidi - Suami si Ziana pula patah tanggan jatuh tangga semasa sedang menukar lampu offis.

Sabariah - Puteri yang dikandung hanya berusia empat bulan dijemput Illahi. Ada masalah baby ketika masih dalam kandungan. Ada air bertakung dalam kepala baby dan menyebabkan otak baby menjadi kecil serta buah pinggangnya tidak berfungsi. Semua ini ketentuan Allah swt. Aku mendoakan agar Sabariah terus tabah.

Begitulah kitaran hidup ini. Ada masa gembira. Ada masa berduka. Musibbah datang tanpa dipinta. Kebahagiaan dan keberkatan hidup dimohon sentiasa.

Harta Dunia

Apa perasaan Anda jika Anda ditanya soalan tentang harta si Mati ketika jenazah masih lagi ada dirumah? Terkejut? Marah? Sakit Hati?
Aku rasa macam nak tempeleng je pada orang yang bertanya soalan itu pada aku semalam ketika menziarahi Nenek Saudara yang meninggal dunia di Ipoh pagi semalam. Tapi bila mengenangkan yang bertanya tu agak lebih berumur daripada aku maka aku cuma diam menahan rasa dan menjawap tak tahu.
Ada harta pun salah tak ada harta pun salah. Kasihan pada Arwah bila orang mempertikaikan tentang hartanya. Beliau tidak mempunyai zuriat dan suami. Yang pasti adik-beradik arwahlah yang lebih berhak atas hartanya. Arwah pernah menjaga salah seorang daripada adik ku yang kembar sejak kecil lagi. Mungkin sebab itu persoalan ini timbul. Mungkin ada yang merasakan adiku akan mengambil alih harta Arwah. Adikku hanya mengeleng kepala. Sedih benar dia. Walaupun berpangkat nenek saudara tapi telah dianggap seperti ibu sendiri. Adikku telah berkahwin dan kini punyai 2 anak kecil.
Hai....entahlah, tak faham aku dengan perangai manusia yang hanya memandang pada harta dunia.

Peguam Zulkifli kena tahan lagi?

Eh!...macam tak percaya je. Betul ke Zulkifli Nordin kena tahanan ISA ? Tapi pihak Polis menafikan penahanan ini. Kenapa ada pihak yang cuba hubungi telefon bimbit YB Zul tak dapat berhubung dengannya? Kita andaikan telefon habis bateri kut....

Iskh!...Iskh! haru ni. Mesti ramai yang tak puas hati kalau benar YB Zul ditahan. Mungkin ada kena mengena dengan kejadian hari Sabtu lepas kut. Pasal forum yang dianjurkan oleh mereka-mereka yang tak sedar diri duduk aman kat Malaysia ni.

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...