Makanan untuk Otak?

Ramai orang sedia maklum bahawa Makan & Minum satu keperluan bagi tubuh badan kita. Tetapi berapa ramai yang sedar Otak kita juga memerlukan makanan. Aku sendiri pun baru tahu yang dimaksudkan dengan makanan untuk otak itu ialah pembacaan.
Ketika dizaman belajar dulu baca buku untuk lulus periksa je. Baca suratkhabar untuk mengetahui apa yang berlaku di Malaysia serta Dunia. Baca Novel sebab minat. Tak pulak ku tahu membaca itu satu bentuk 'makanan'.
Lepas ni kalu terasa otak tu beku - Maknanya otak tengah lapar le kut. He.. he.. kenalah cari bahan untuk dibaca.
Kalau disuruh baca agreement? Iskh!......cam boring le pulak....

5 comments:

kak ja said...

Kja selalu berpesan dgn anak2.. Jgn malas menggunakan otak, sbb otak, unlike besi, bila tak digunakan akan lbh mudah 'berkarat'..

Hartini Omar said...

makanan minda sy adalah dgn berfikir kak. kdg2 sy fikirkan sesuatu berjurus2, terlalu dalam sampai jadi letih. sy juga membaca tak kira apa bahannya. tapi jiwa lebih suka diisi dgn sastera dan cinta! =P

AL-BIMA SAKTI said...

salam,
macam makanan. selera masing-masing. otak setiap manusia ada seleranya tersendiri... tak gitu..?

WS Zuriati said...

Ada orang kata membaca itu petua awet muda. Mcm Tun Mahathir tu.. dia tak nampak tua sb dia banyak membaca. Tapi saya lain la pulak, bila byk membaca rasanya makin byk tumbuh rambut putih..dah terbalik pulak jadinya.

Bila Diary Bercerita said...

Kak Ja,
Besi berkarat pun sekarang ni tinggi harganya....he he he

Tini,
Akak rasa membaca bahan sastera lebih tenang

Bima Sakti,
Betul tu tapi kadang-kadang apa yang terhidang tak selera lah pula cuma terpaksa input dlm kepala...camna tu?

Zu,
Makan ulam lagi awet muda dari membaca. Tapi masalah akak bila dah terpaut pada satu novel tu sanggup nak baca sampai ending hingga ke pukul 1-2 pagi. Dah tentu bila bangun pagi tak nampak muda, nampak tua. HA...HA...HA..

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...