isu hangat & sembang kosong di kedai kopi?

Hmmm......sekarang ni ramai sungguh orang bersembang pasal hukum HUDUD, pasal Khairy, Husam, DAP, PKR & MCA, PAS serta UMNO. Perhatikan dikedai-kedai kopi, dipejabat mungkin di rumah juga dan jangan tak percaya ditepi jalan pun orang bercerita. Masing-masing bercakap dengan penuh emosi. Ada juga golongan anak-anak muda yang buat tak reti. Rata-rata ku lihat yang berumur 30 tahun ke atas sahaja je yang banyak membicarakan pasal HUDUD.

Kenapa ramai orang tak suka dengan HUDUD ini? Pernah tanya kenapa mereka tak suka selain daripada melabelkan ianya hukum parti bulan? Nak salahkan siapa? Jangan terperanjat jika ada ahli parti bulan sendiri yang tak suka Hudud? (Ni kebanyakannya ahli ikut-ikutan sahaja sempena FRU dulu..) Sebenarnya ramai orang tak faham secara terperinci tentang hukum HUDUD & QISAS ni. Kenapa tidak diusahakan supaya masyarakat lebih memahaminya. Jika semua orang telah faham sefaham-fahamnya, maka tidaklah lagi ada yang memekak tak tentu pasal. Kalau orang melayu islam sendiri pun tak faham hudud apatah lagi bangsa lain. HUDUD hukum Allah swt tetapi kenapa manusia lebih takut pada hukuman manusia daripada hukuman Allah? Mungkin ada yang berkata 'eh, kubur lain-lain apa..' Tapi macam mana pulak kalau ada yang berani menjawap 'memanglah kubur lain-lain, tapi kubur ko bising, kubur orang lain tak tenang..' mesti rasa sakit hati pulak kan... sebab tu lebih baik diam jika tak faham dan berusaha untuk faham hukum tuhan. Jangan perasan diri tu bagus sebab ada orang lain yang lebih bagus dari kita untuk membicarakan hukum hakam agama. PAS patut fikir dan cari jalan macam mana nak bagi semua orang melayu islam faham tentang Hudud. Dalam masa yang sama kena cari cara untuk terangkan pada yang bukan islam juga. Untuk permulaan macam mana kalau hukum Hudud tu tertakluk pada orang islam sahaja dan bangsa lain guna pakai undang-undang sedia ada. Tunjukkan tentang kelebihan hudud pada mereka. Hmmm....apa pun mesti ada pro & kontranya.


Selain daripada sembang pasal hudud, sembang pasal calon Kuala T'ganu pun hebat juga. Kalah kempen piliharaya kat TV. Masa ni semua orang boleh jadi calon pemidator terbaik kedai kopi. Kalau dah tak suka calon tu macam-macam dikata. Diri sendiri belum tentu baik pekerti. Entahlah......

1 Januari 2009 berkuatkuasa untuk pemakaian talipinggang keledar penumpang belakang. Huh! ni pun jadi isu juga. Ada yang setuju ada yang tidak. Ada yang berkata menyusahkan. Ada yang kata bagus untuk keselamatan. Tapi anak-anak kecil payah nak berbaring nanti. Benda baru belum disetkan lagi dalam pemikiran jadi payah le bagi kebanyakan orang. Satu lagi pasal nak kuatkuasakan hanya 3 orang sahaja dibenarkan sebagai penumpang belakang. Jika pasagan suami isteri ada 4 orang anak dan mempunyai hanya 1 kereta, bila time nak balik kampong masa raya atau ke destinasi lain, tidak kah akan mengusarkan hati mereka. Tak kan nak suruh sorang lagi anak naik bas. Kena pulak kampong halaman jauh dan anak yang sulung belum pun mencecah usia sekolah menengah, bukankah agak bahaya bagi sianak? Nak suruh beli kereta lain? Tak kan nak balik kampong sampai 2 kereta? Peningkatan kos tu..... Bukan semua orang mampu beli MPV walaupun nanti akan ada MPV keluaran negara sendiri. Fikir-fikirkan. Kalau kat kedai kopi mereka bersembang tak puas hati kutuk kerajaan yang buta hati dan tak mengerti.


Ada juga sorang dua yang sembang pasal kenduri si Mawi. Mereka kata membazir je buat majlis berhari-hari. Hai!......nasiblah kau mawi, dalam orang memuji ada juga yang mengeji. Nak kata apa, mungkin ada yang iri hati mungkin juga gembira sebab ada projek diberi. Itukan lumrah duniawi. Duduk lama dikedai kopi boleh tersenyum sendiri.......


Sempena Awal Muharam tak berapa hari lagi, aku mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM" kepada mereka yang membaca entry kali ini.
Semoga hidup anda sentiasa ceria, aman sentosa dibawah rahmat Illahi. Semoga Allah swt tetapkan iman kita semua dan kehidupan kita dibumi ini diberkati oleh Nya. Amin.

5 comments:

madbosco said...

salam... wah lama jugak akak nak buat entri baru... thanks.

p/s - kalu dok kat kedai kopi tapi minum teh tarik bley dak ?

Amiinn.... "Salam Maal Hijrah"

kak ja said...

Bab Hudud ni, kalau yg tak fhm lbh baik bertanya drp membangkang membabi-buta.. Dan kalau tak tahu, tak nak pulak bertanya dan tak nak pulak mendengar atau membaca, duduk diam2 je lah.. Jgn berlagak lbh bijaksana drp Tuhan..

Bab seat belt utk penumpang belakang ni, gomen patut pikir lbh skit.. Boleh pakai kereta buruk pun dah besar rahmat, inikan pulak nak beli MPV, semata2 sbb nak bg semua anak boleh pakai seat belt..

Last skali, salam Ma'al Hijriah buat Aishah sefamily gak..

Hartini Omar said...

ceritera hidup kak. kadang2 kita sendiri senyum memuji, kadang2 kita juga marah membenci. itulah adat dunia dan isinya..

bla difikir2kan, banyak isu remeh temeh yg dipedengarkan oleh pembesar2 negara, sedang isu yg besar dan penting dipingggirkan pula

saya musykil namun sering berfikiran positif. anggapkan saja ia satu permulaan sebuah perubahan. jika tidak sekarang, bila lagi?

anyway, selamat tahun baru hijrah untuk kak dan keluarga

Nafastari said...

Kalau DAP menentang hudud, kira ok la, sebab pendokong mereka adalah bukan Islam. Tapi bila Khairy Jamaluddin dan orang UMNO yang beraga Islam yang lebih-lebih menentang hudud itu tak ok.

Proton nak keluarkan MPV?

Bila Diary Bercerita said...

Bosco,
nama je kedai kopi. Nak minum & makan ikut selera.

Kak Ja,
Malam tahun baru kesian pulak tgk mereka-mereka yang duduk kat belakang 4 orang berhimpit dan pakai seat belt tu di kaca tv....

Tini,
agaknya pembesar negara ni malas nak fikir isu-isu yang lebih besar kut sebab ianya tak jadi kudis pada mereka dan keluarga mereka.

Ahmad,
Dulu dengar-dengar proton nak lancarkan MPV tu masa akhir bulan Mac 2009. Tapi, tak tahulah sama ada jadi ke tidak

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...