MAJLIS ITU

Bagaimana harus ku coretkan cerita ini? Aku cuba untuk menyelami hati seorang bapa yang dicalar oleh tindakan anaknya berkahwin sendiri dan memingirkan dia sebagai wali sebelum ini dan hanya disedari setelah begitu banyak masa melewati… aku cuba menyelami hati seorang ibu yang marah kecewa dek penangan si anak yang mabuk cinta. Ku lihat wajah-wajah duka mereka……. sedangkan aku terpaksa menjadi antara wakil bagi pihak lelaki yang merasa menang dengan permainan dan lakunannya.


Aku seorang isteri. Dapat merasa peritnya hati seorang insan lain andai diri tahu dia dimadukan tanpa rela. Berkajang ayat cinta untuk suami tidak lagi mampu meredakan api asmara yang telah dinyalakan untuk menerangi ruangan hati insan muda. Telah hilangkah cinta berahi pada isteri itu? Aduhai..., aku berasa amat bersalah pada sang isteri kerana dituntut mengikuti serombongan orang untuk majlis akad kedua kali ini……Dan aku juga tak mengerti kenapa perlu diakad lagi sedangkan mereka telah sah bergelar suami isteri?

Ketika ku lihat wajah pengantin perempun? Bolehkah lagi digelar pengantin sedangkan aku juga tahu bahawa sebelum ini dia telah bernikah tanpa wali dari keluarga sendiri. Nikah sembunyi-sembunyi. Dan majlis yang kuhadiri ku anggap hanya sebagai satu lakonan oleh sibapa perempuan kerana ada harga diri keluarga yang perlu ditebus.

Berbaloikah dengan nilaian Sepuluh Ribu Ringgit itu? Entah…….aku tak tahu. Ku lihat si perempuan berbaju putih itu berwajah girang. Mungkin gembira kerana tidak lagi perlu menyembunyikan status diri setelah jiwa dan raga diserahkan pada cinta insani. Dan disampingnya seorang lelaki yang senyum suka tapi masih teragak-agak untuk mengaku perihal diri dengan isteri pertama. Ada rasa sakit hati takala memandang wajah ceria …… namun aku juga harus akur pada ketentuan Ilahi. Perlukah aku bersimpati pada cinta mereka? Mereka sedang menjalin mimpi indah mengapa pula aku yang rasa gundah? Mungkin mereka tawa senang sekarang. Esok lusa belum pasti jerih payahnya kehidupan.

Selesai majlis, ku lihat wajah seorang Ayah yang sebak. Walau dia sendiri yang mengetuai majlis itu dan cuba bermuka tenang, dapat ku lihat seribu kesalan bertandang. Hanya menjadi orang tua yang akur dan redha kerana itu pilihan anaknya. Ku tatap pula wajah seorang ibu. Seakan hatiku pula yang dicarik koyak seribu. Betapa sukarnya si ibu menahan airmata dari mengalir serta cuba pula memaniskan roman muka buat para tetamu. Mungkin sebelum ini telah banyak air mata yang tumpah dari kelopak matanya yang basah.

Aku jadi terkaku. Kaki seakan mahu saja berlari dan tidak lagi gagah berdiri. Tapi keadaan dan suasana tidak bersama seiringan dengan hati nurani ku yang sengsara. Aku seorang isteri jua……..

Ini kisah antara satu dari gerak-geri taridra di pentas alam. Namun hanya segelintir sahaja yang mencari makna dan pengajaran……

5 comments:

Anonymous said...

Salamzz...

Kehendak Tuhan boleh jadi amat memeritkan, boleh jadi amat membahagiakan. Tapi ia tetap kehendak Tuhan.

Dan masing-masing akan dipertanggungjawabkan atas amalan sendiri...

Bila Diary Bercerita said...

Najwa Aiman,
setiap yang berlaku dimuka bumi pasti ada hikmahnya.

Anonymous said...

Sapa yang bukak cawangan tu? Aku kenal ke?

^&^
===

kak ja said...

Nak bukak cawangan baru tak salah, tp kenalah ikut procedure, demi menjaga keharmonian.. Applylah elok2 dgn headoffice.. Kalau diluluskan, alhamdulillah.. Kalau gagal, cuba lagi..

Bila Diary Bercerita said...

Anony,
masalahnya awak sendiri pun saya tak kenal...hi..hi..


Kak Ja,
Kebanyakannya tak rela nak ikut procedure....sebab tu depa risau bila kena audit. Ha..ha..

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...