Maka para bentara pun telah mula memukul gendang. Paluan gendang sebagai tanda untuk pembesar bergelar yang ingin merebut kerusi emas siap sedia dengan ilmu yang dituntut dan gelanggang AMNOR telah bersedia untuk menahan amuk. Betulkah begitu?
Hulubalang yang lain terpinga-pingga, masa peraduan belum pun tiba. Mengapa perlu dipalu gendang beradu. Datanglah Nenek Kebayan memberi hikmat akan pentingnya paluan itu supaya dapat memberi gerun kepada pembesar yang berhajat benar akan kerusi emas merasa cemas sebelum rentak dan senjata sama beradu.
Sirih Pinang didalam puan
makan bersama ditengah serambi
cerita rasuah dah mula jadi hebahan
yang bertanding mula tak sedap hati
Cantik sungguh Anggerik di desa
tumbuh meliar di dalam hutan
Mari tengok siapa yang kena
dicantas kaki sebelum kedepan
11 comments:
Salam Aishah,
Entri ni bagus dan relevan dengan perkembangan semasa. Izinkan Pak Sheikh copy n paste kat blog pak sheikh.
Salam Pak Sheikh,
Dengan sukacitanya diizinkan.
Memang pun entri tu ditulis dari gambaran suasana semasa dengan gaya bahasa yang sedikit berbeza.
Rentak dan tari mengikut alunan gendang naferi, tandanya Umno dah nak mati oleh kerakusan kuasa memakan diri, tunjuk gagah berlandaskan kononnya demokrasi tapi sebenarnya kuku besi!
Jayakah keberangkatan Najib Rosmah ke Tahta Emas yang diidamkan untuk menutup pekong dan menimbun harta dari keringat rakyat yang semakin derita.
Suara Rakyat Suara Keramat! Antara Bukit Selambau dan Bukit Gantang, di lurahnya kita kuburkan kekuasaan Umno/Bn yang rakus dan ego!
kelapa rendah tak pakai galah
berguna galah tinggi dan rendah
cerita rasuah tak sudah-sudah
siapa bersalah terimalah padah.
patah lada dalam angsana
jauh terbang burung terkukur
sudah ada yang terkena
belum berjalan sudah tersungkur.
Saya pon nak pantun gak...
Ali Rustam empunya nama
masuk bertanding jawatan Timbalan
Ketua menteri kekal padanya
Walapun rasuah jadi amalan
Bila keputusan sudah diwarta
Ramai pengikut turut melenting
Gumbira Muhyidin tidak terkata
melihat lawan dihalang bertanding
camner ..ok ker?
Tuan Seladang yang budiman, terimakasih sudi bertandang.
Udang Galah sedap dimakan
banyak terdapat dilubuk buaya
orang bersalah diberi hukuman
kenapa yang lain tidur tak lena
Bima Sakti,
Padi masak ditengah sawah
lalang menumpang diatas batas
salah bukan sebarang salah
salah pilih kaduk diatas
Salam sejahtera Tuan Raja,
Pantun tuan diterima dengan gembira.
Buah Delima diatas para
diletak bersama buah Belimbing
calon yang tinggal hilang serinya
nak tersenyum menjadi sumbing
paluan gendang telah bermula,
gendang dipalu sianak muda,
langkah pencak sudah bermula,
seterusnya nanti siapakah mangsa ?
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
kelulut@telokbakong.com
Pantun hamba bernada sumbang,
tidak seumpama alunan nafiri,
lambat laun umnokan tumbang,
Usahkah gusar sabarlah menanti.
BALASAN UNTUK PANTUN 1:
Dinner bersama di Restorant Peranchis,
Se-plate spegaty tanda berkasih;
Yang tak bertanding bukan nye en Najis,
Jika tidak kami rakyat banyak berterima kasih!
BALASAN UNTUK PANTUN 2:
Letup C4 di dalam hutan,
Diletup dari kepala sampai ke betis;
Dicantas dengan keris B4 ke depan,
Itulah the power of UMNO dengan keris.
Tuan Kamarul yang bijaksana,
Irama Dabus untuk si Putera
lagu bergema di balai istana
Panglima mana yang tak sekata
yang itulah yang menjadi mangsa
Tuan Baginda yang mulia,
Goreng Bihun bersama kerang
taugeh sawi jadi rencahnya
yang mencantas belum tentu menang
mana tahu ada silap mata pula.
Tarian Dabus warisan Perak ,
Tarinya gemalai besinya runcing,
Kawasan mengundi sudah mengelegak
Barisan gerombolan semakin pening.
Calon Bukit Gantang masih misteri,
nama idris, azhar , ahmad dinanti,
Biar siapa calon penganti ,
Pangkah Pas itu yang pasti.
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
Post a Comment