Anak
Anugerah Tuhan
Untuk kita didik menjadi insan
Bukan sekadar sebagai hiasan



Anak
Begitu tinggi harapan ibu ayah
Supaya dewasa berdiri gagah
Dengan ilmu serta ibadah



Anak
Jangan sekali kau lupa jasa ibu ayah
Yang membesarkan mu dengan lelah
Bersama doa-doa kesejahteraan
Agar hidup mu nanti sentiasa dibawah rahmat Tuhan


~Aishah Jamal~
Kuala Lumpur



**** Tahniah kepada Nafastari & MawarNafastari kerana telah bergelar Ibu & Ayah.
**** Tahniah juga kepada WS Zuriati kerana telah memperolehi cahayamata ketiga.

4 comments:

Seladang said...

Anak
bila besar nanti
jangan jadi orang zalim
walaupun kau dibesarkan
dalam dunia kezaliman!

Bila Diary Bercerita said...

Betul seperti kata Tuan Seladang.
Sebenarnya untuk mendidik anak-anak zaman ini sungguh mencabar sekali.

Basuh Baju said...

anak..dah besar nnti dengar cakap mak bapak..jgn dengar cakap politikus. haha

Nafastari said...

Aishah, terima kasih! Saya telah emailkan gambar2 bayi kami kepada anda, sudah lihat?

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...