Syoknya Cuti.....

Iskh…iskh…lama sungguh tidak menjengok ke laman sendiri. Nasib baik tak tumbuh lalang kat sini. Awal cuti persekolahan dulu aku sempat juga menghadiri majlis perkahwinan seorang teman yang gilang-gemilang di Kota Bharu. Dan suami pula mengambil kesempatan untuk mencari kawan-kawan lama di beberapa tempat disana.
Dah rasa macam program jejak kasih le plak. Nasib baik gak dia cuma cari kawan lelaki je. He…he….he…


Dah terlanjur dipantai timur tu, terus le singgah di rumah mertua sekali. He..he… seronok sungguh dapat berendam dalam air laut kat belakang rumah mertua. Anak-anak memang seronok dapat balik kampong. Lepas tu rasa berat je nak balik KL semula. Alahai….





Sambung kerja untuk beberapa hari, aku dan anak-anak mengambil kesempatan mengikut suami ke Cameron Highland. Dia dan kengkawan yang lain nak main golf kat sana. Ada mini tournament katanya. Aku dan anak-anak pun ikut jugak le untuk berehat ditanah tinggi tu. Dia sibuk pukul bola kat sana, aku dan anak-anak pukul angin….kah..kah..kah..
Lagipun dah bertahun lamanya aku tak kesana.



Bercuti di Cameron Highland tidaklah sesejuk seperti zaman dulu-dulu. Mungkin kerana cuaca kat Malaysia sekarang ni agak panas. Atau mungkin juga tanah tinggi itu dah semakin gondol sebagaimana lapuran yang selau kita dengar di kaca TV. Pekan Brinchang nampak sesak dengan bangunan dan juga orangnya. Cuti Sekolah, ramai sungguh yang datang bercuti ke sini. Harga sayuran yang dijual pula tidaklah semurah mana. Lagi murah kalau dibeli di pasar malam sekitar KL ni. Harga makanan pun boleh tahan juga. Lebih kurang sama je macam duduk kat KL. Bagi yang berhajat untuk datang bercuti di sini, tempat tinggal rasanya tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak hotel dan juga apartment untuk disewa.

4 comments:

*Mawar Nafastari* said...

seronoknya kak aisyah bercuti.. em, dh lama nor n pa nak ke cameron highland, tapi hajat blum kesampaian.. huhu.. bercutilah ke Islamabad pula kak! hehe..

baby sehat? jaga diri elok2 k. Kim salam semua.

Anonymous said...

seronoknye kamu sume pegi bercuti ye, pak ada hutang lg la dgn bebudak adik ya tu sbb dpt no 1 ari tu, salam kat dia nanti jumpa pak long boleh claim hadiah tu

Bila Diary Bercerita said...

Mawar,
Terimakasih kerana menjemput akak untuk bercuti di Islamabad tu. Entah bila akan kesana tak tahulah... Mungkin dalam mimpi je kut. He..he..he..

Pak Long Anonymous,
Nanti akan disampaikan pesanan tu pada adik Ya. Balik Dari Cameron dia x berapa sihat. Ada problem kat telinga pulak.

~::PermatA::~ said...

beshnya dia gi bercuti..bila la agaknya suamiku nak bawak gi tempat tu...

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...