Cerita Alya dan matanya

Semalam aku membawa Alya berjumpa dengan doctor pakar mata di hospital KL. Dari pagi hingga hampir pukul 3 petang aku menemani dia disana. Kali ini terasa lama pulak alya dibilik rawatan bernombor 14 itu untuk ujian tahap penglihatan dia. Sejam lebih hanya untuk memeriksa matanya dan berbagai alatan ujian digunakan. Selepas itu barulah berjumpa dengan doktor pula.


Aku juga ditanya soalan semasa melahirkan Alya dulu sama ada dia lemas atau tidak. Dan berbagai soalan lain. Selama ini aku cuma tahu yang mata anak daraku itu juling disebelah mata kiri. Tak pulak ku sangka yang mata kanannya juga menghadapi masalah.
Rupanya setelah sekian lama latihan mata yang dibuat oleh aku untuk Alya pada setiap hari atas nasihat doktor dulu menunjukkan yang bola mata kanan Alya tidak boleh bergerak terlalu ke kanan sangat. Dan mata kanannya itu hanya mempunyai jarak penglihatan yang terhad pada sebelah kanan. Ini disebabkan oleh urat mata yang menghantar isyarat ke otak. Entahlah……, aku pun tak berapa nak faham dengan bahasa perubatan ni.


Alya juga mempunyai masalah bila menggunakan kedua-dua matanya untuk memfokus pada sesuatu objek pada jarak yang jauh, objek tersebut akan kelihatan 2. Namun jika pada jarak yang agak dekat dia mampu pula melihat objek berkenaan menjadi satu. Menurut Alya dia sukar untuk menjadikan sesuatu objek itu kelihatan satu. Jika dia memaksa mata kanannya untuk melihat sudut kanan tanpa memalingkan muka dia akan merasa sakit kepala. Kasihan sungguh anak ku. Sekarang ini jika tidak memakai cermin mata dia merasa tidak selesa. Power cermin mata dia pun tinggi mengalahkan orang dewasa. 400++ dan juga 300++ Katanya semasa proses pembelajaran disekolah dia banyak menggunakan mata kiri supaya tulisan guru dapat difokus menjadi satu.


Menurut doktor buat masa ini mata Alya tidak perlu dibedah. Doktor akan melakukan pemantauan dulu dan aku dinasihatkan supaya terus memastikan Alya membuat latihan mata selama 2 jam pada setiap hari. Alahai……, dengar bab nak bedah mata tu pun dah buat Alya kecut perut. Menurut kata doktor jika kecacatan bola mata kanan itu semulajadi sejak lahir, ianya dikira sebagai kecacatan kekal. Namun jika ianya disebabkan oleh perkara lain, maka pembedahan adalah jalan keluar untuk masalah tersebut.


Ada juga beberapa teman menasihatkan aku untuk membawa Alya mendapatkan rawatan ditempat lain untuk mendapatkan pendapat kedua. Nantilah akan kufikirkan dan berbincang dengan suami mengenai perkara ini.

6 comments:

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

perlu bertindak awal... dapatkan nasihat pakar..

Mince4AM said...

1) saya setuju dgn komen di atas..sangat perlu!

2) Latihan mata juga sgt perlu.. jangan mudah menyerah kalah. Saya ada ramai kawan yang rabun (low vision), dan ada juga beberapa orang kawan yang buta penuh... jangan perangkap anak puan ke arah mereka.. banyakkan latihan.. dan bedah jika perlu ;jika visi terhad yang dihadapi oleh anak puan bukan kongenital.

ambil supplement juga jika perlu..

Maswafi Abd Samat said...

The best place 4 this matter is The Tun Hussien Onn Hospital which cost u about rm300 only 4 consultation. From my experience they will do tarely test.

My suggestion go to any panel(faber) get the refferal letter n get GL from Zila.

WS Zuriati said...

Bertindaklah dengan segera agar kita dapat mengesan cara perubatannya lebih awal. Semoga Allah menjauhkan Alya daripada kecacatan yang lebih teruk. Kami doakan agar Alya dapat mengikuti latihan yang disarankan dengan lebih baik. Insya Allah.

kak ja said...

I Allah, dgn proper treatment Alya boleh sembuh.. Teruskan berdoa.. Dan jgn sesekali give-up, sbb kita as parents, kalau skali kita give up, anak2 akan 10 kali give up.. Semangat anak bnyk dtgnya drp parents..

Bila Diary Bercerita said...

Terimakasih kepada semua yang memberi komen. Saya sedang usahakan apa yang terbaik untuk Alya. Cuma kadang-kadang kena memujuk Alya yang dah jemu dengan sessi latihan mata tersebut.
Biasalah budak-budak, dorang lebih teruja untuk bermain je sebenarnya.

Saya setuju dengan pendapat Kak Ja. Sebagai ibu, saya kena lebih bersemangat agar dia pun lebih tabah....

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...