Salam Lebaran



Salam Lebaran untuk rakan taulan


juga kaum keluarga yang membaca coretan


semoga raya yang disambut mengembirakan


namun jangan dilupa pada mereka yang serba kekurangan


hulurkan bantuan sekadar kemampuan


agar indahnya raya dapat dikongsikan


bersama mereka yang memerlukan.



Aku akan mula bercuti mulai esok. Anak-anak dah tak sabar nak menyambut raya. Tahun ni kali pertama aku tidak membuat biskut raya sendiri. Semua main beli je. Rasa tak larat nak mengadap oven tu lama-lama. Lagipun bila kandungan dah 7 bulan ni, cepat rasa penat. Akhir-akhir ni pun untuk juadah berbuka, aku beli je ikut selera anak-anak & suami. Tak kisahlah keluar RMRM tu..... asalkan badan tak penat sangat. Mood nak menghias rumah ni pun hilang. Kalau rajin, mungkin selepas pulang dari kampong nanti baru nak menghias rumah. Tengoklah macam mana nanti.


So, kepada mereka-mereka yang akan pulang beraya ke kampong halaman tu aku doakan semoga kalian semua selamat dalam perjalanan.

7 comments:

*Mawar Nafastari* said...

raya di mana tahun ni kak?

Hartini Omar said...

kak aishah,
-ssalam aidilfitri, mohon maaf segala khilaf dan dosa
-hati2 di jalanraya

Mince4AM said...

selamat jalan, selamat hari raya

Anonymous said...

HAPPY BIRTHDAY!

Wei, bila ko balik Ipoh nanti jangan lupa singgah raya kat rumah aku.

Tapi hadiah birthday ko kena pospond tahun depan. Kah! Kah!

ZT

wan storm said...

Selamat Hari Raya... bawak bebudak dtg rumah.... ada duit raye ... hehehe

sheikh teluk intan said...

Salam Puan Aishah,

Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin. Tentu dah balik kampung.

Pak Sheikh doakan , hari raya ini, Aishah dan famili ceria dan berbahagia. Dan yang penting selamat di dunia dan akhirat.

kak ja said...

Slamat ari raya, Aishah!! Maaf zahir batin..

Dah 7 bulan ye? 2 more months to go.. Tak lama lagi dah tu..

Aishah sambut bday bebaru ni? Hepi belated bdaylah kalau camtu!! Semoga Aishah terus diberkati dan dirahmati Allah swt, hidup tenang dan gemilang dunia akhirat..

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...