Alahai Kuning.....

Ceritera : Alahai Kuning……….

KUNING jadi bengang dengan sepupunya MERAH. KUNING ingin mengadakan Majlis harijadi untuk dirinya dan berhajat untuk memanggil semua saudara maranya datang berkumpul ke majlis tersebut. Namun hasratnya dicemuh oleh sepupunya MERAH dan mengata-ngata serta memburuk-buruk akan dirinya konon KUNING mahu tunjuk lagak.

KUNING tidak berpuas hati sebab hajat hatinya dihalang MERAH.


Satu petang ketika langit menangis dan menurunkan titis-titis air dengan lebatnya, Mak KUNING membawa sepinggan ubi rebus serta sambal bilis dan KUNING pula membawa seteko kopi panas ke beranda rumah. Ketika cuaca sejuk tentulah amat berselera makan ubi rebus yang masih panas. Sambil makan, KUNING meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan sikap MERAH kepada ibunya.


“ Mak, KUNING menyampah betul dengan Si MERAH tu. Dia sengaja nak sakitkan hati KUNING. KUNING rasa dia dengki dengan KUNINGlah mak”


Mak KUNING yang sedang minum Kopi O yang masih keluar kepulan wap panas dari cawannya itu tersedak mendengar cakap KUNING lantas kembali meletakkan cawan kopinya.


“ Apa yang MERAH dah buat sampai kau cakap kat mak macam ni?”


“MERAH tak bagi KUNING buat majlis harijadi tu. Dia kata KUNING mengada-ngada. Dia kata KUNING hanya nak kumpul hadiah dan gila glamour”, jelas KUNING pada ibunya. Ibu KUNING tersenyum sahaja mendengar omelan anak gadisnya itu.


“Mungkin MERAH rasa KUNING membazir tak? Sebab tu dia halang. Jangan pulak KUNING suruh mak buat kek harijadi yang bertingkat-tingkat sudahlah. Tak larat mak nak menyediakannya nak”


KUNING yang sedang mengunyah ubi rebus terhenti dan memandang muka ibunya sambil tersenyum kelat.




“Mak, kali ni KUNING tak nak kek, KUNING nak mak masak pulut kuning banyak-banyak. Kemudian mak masak pulak rendang cili padi. Fuhh!... mesti terangkat bila makan tu mak”


“Tu aje ke? Cukup ke hanya nak masak pulut kuning?”


“Taklah mak, kita tambah pulak dengan Mee Goreng Kuning, Roti Jala dengan kuah kari, Untuk Pencuci mulut, mak buatlah pudding Mangga. Nanti KUNING pergi pasar beli Pisang Emas dan juga Pisang Kaki”.


Kali ni KUNING nekad, dia nak majlisnya bertemakan warna Kuning.


“Mak, nanti kita bagi tetamu minum air Oren atau pun jus Manggalah mak.”


Ibu KUNING tergelak mendengar permintaan anaknya itu. Patutlah si MERAH tak suka, fikirnya dalam hati. MERAH tu sedari kecil memang tak suka dengan warna kuning. Pandang warna kuning lama-lama boleh sakit mata katanya.





*(Cerita diatas tiada kena mengena dengan mana-mana individu yang hidup ataupun yang sudah mati. Ianya hanya merupakan rekaan penulis semata-mata)

Uhuk...uhuk....

Kenduri Kahwin kerabat pada 9 Julai. Sama tarikh dengan program BERSIH. Wajiblah aku menghadirkan diri pada majlis itu. Tentang BERSIH biarlah orang lain yang ambil bahagian. Dah tentu banyak sekatan jalanraya akan berlaku. Jalan ditutup.....lencongan ke arah lain... Adoiiii.... cuma mendoakan agar para jemputan dapat menghadirkan diri ke undangan majlis kerabatku ini.

Semoga Majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar. InsyaAllah....

Ramai suka bersih....tapi ada yang 'alergic' BERSIH ??

Dia suka pakai baju bersih
Dia nak makanan yang sedap dan bersih
Dia mahu pejabatnya bersih
Dia mahu pekerjanya bersikap bersih
Dah tentu dia juga mahu wang gajinya bersih
Dia tentu sekali suka rumahnya cantik dan bersih
apalagi kalau Dia jumpa tandas yang paling bersih


TAPI............


 
kenapa ya, Dia tiba-tiba rasa lain dengan
logo.... BERSIH ???

DOA

" Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan....
Bukan juga pada manisnya ucapan di Bibir,

Tetapi pada Ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam DOANYA "


~~IMAM AL GHAZALI~~

===========================================================

Entah kenapa, aku amat tertarik pada kata-kata ini yang tertera dalam status teman FB. Lantas secara tiba-tiba terasa ingin meletakkan ayat tersebut dalam blog (dengan izin).


Ayat itu nampak mudah disebut namun mempunyai makna yang sangat mendalam. Secara jujur, mari kita tanyakan dalam diri kita... berapa kali kita turut mendoakan saudara kita mahupun rakan taulan dalam setiap DOA kita?

sekali? dua kali? atau hanya pada waktu-waktu tertentu?

Bagaimana pula dengan jiran tetangga kita? Adakah kita berusaha untuk mendoakan kesejahteraan mereka juga?


Emmmm...... kita selalunya berkata amat sayang pada sebuah perhubungan, terutama saudara mara kita, jiran tetangga yang turut menjaga rumah ketika kita keluar daerah, anak beranak dan juga rakan taulan yang lain. Apa kata, selepas ini kita usahakanlah berdoa untuk kejayaan orang-orang yang kita sayang. Semoga rahmat Allah swt sentiasa bersama kita.


p/s Ketika ini amat suka dengar lagu tema drama MAKBUL.... (amin...amin...amin...)

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...