betapa pedih dan hinanya miskin harta di mata manusia

Hari ini membaca cerita seorang teman blogger yang telah menjadi rakan mukabuku perihal Ayahandanya.  Seorang ayah yang telah kembali kepada PenciptaNya.

Terkesan dengan ayat "betapa pedih dan hinanya miskin harta di mata manusia" membuat aku teringat akan kenangan silam.  Zaman kanak-kanak tambahan pula mempunyai adik beradik yang ramai. Emak walaupun tidak bekerja tetap membantu dengan menjual kuih muih. Makan sekadar yang mampu.  Sesekali bila hari gaji Abah keluar belanja lebih sikit untuk gembirakan kami sekeluarga. Kami tak kacau orang pun, namun ada juga manusia-manusia yang perasan diri mereka ada segalanya berasa tidak senang dengan keluarga kami. Aku ingat lagi ada seorang makcik ni yang berkata kepada Ibuku "kenapa beranak ramai kalau dah susah? Macam p...... Kucing" Aduhai... "Anak kamu yang cacat tu tak payah la bawak berjalan,  buat malu jer"

Memang rasa panas hati betul pada makcik tu. Aku ketika itu dah bersekolah menengah tentulah faham. Mempunyai adik yang tidak normal, kami bahagia jer.  Tidaklah pula kurang kasih sayang kepadanya.

Tapi Emak cuma senyum dan menjawap "Dah Allah nak bagi, terima aje. Ada la tu nanti rezekinya" Memang Emak pun kecil hati dengan hinaan dia itu namun kata Emak kita bukan mintak beras kat dia pun.  Sabar ajelah,  mulut dia biarkan sahaja.  Emas suruh kami jangan bermusuh dengan orang yang menghina kita. Kata Emak lagi esok lusa bila dia dah penat nak mengutuk dia diamlah tu.

Tapi Allah swt tu maha adil,  disebabkan dia tak suka anak emak yang ramai ni,  anak dia hanya seorang sahaja. Setelah bertahun datang pula bertanya pada emak dan minta petua bagai untuk menambah cahayamata "Semua tu kerja Tuhan, tak tahulah petua apa nak bagi"

Sehingga ke tarikh Abah pencen,  makcik itu tidak di beri rezeki dengan anak lain.  Permata hatinya hanya satu yang di tatang bagai minyak yang penuh. Diberi ujian, anak itu selalu menghiris hati ibunya dengan tingkah laku yang tiada bermoral.

Manusia kadang lupa akan nikmat yang Allah swt telah beri kepadanya.

Memori silam yang kekal dalam kenangan.


No comments:

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...