Rumah baru - Dari dapur makcik diary.

Seronok rasanya bila sudah ada laman baru untuk berkongsi resepi dan bercerita tentang hal masak memasak sahaja.  Niat dihati agar segala penulisan tentang resepi dan petua di dapur menjadi tempat rujukan anak-anak jika nak memasak mengikut resepi dari air tangan Mamanya ni.  Namun ilmu kan seharusnya dikongsi.  Semoga ianya menjadi pahala untuk diri ini.  Tak baik kedekut ilmu tau....

Nak memasak perlukan ilmu juga ke?  Eh!  Macam tak percaya?  Betullah tu.  Ilmu dari dapur kadangkala turun dari Nenek ke Mak ke Anak ke Cucu.....  Jadi orang perempuan ni,  wajib belajar memasak.  Jangan kau ingat belajar tinggi-tinggi,  kau tak perlu duduk di dapur. Makanan untuk anak-anak dan juga suami biarlah dari air tangan isteri.  Jangan harapkan orang gaji.  Reti?  Biarlah penat sedikit asalkan keberkatan tu ada dan pahala berganda.

Jemputlah singgah di sini ye.
http://makcikdiary.blogspot.my/
Kalau taip blogspot.com pun mesti keluar blogspot.my
Hehe...


Rumah yang dah bersawang ni,  akan di kemaskini juga sekali sekala.  Tempat untuk berkarya dan meluahkan rasa tentulah tak sama.


No comments:

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...