Cerita Aida dan handphone

Lamanya tidak menulis di ruangan ini. Ruang yang semakin sepi. Diary yang kosong tanpa berita. Segala yang berada di dalam hati tak sempat pun untuk diluahkan disini. Hidup menjadi semakin sibuk dengan suasana kerja dan alam rumahtangga serta anak-anak yang semakin membesar dan punya seribu satu cerita juga.

Kali ni cerita untuk diary adalah rasa sedih + marah + redha.

Apapun, pastinya pasal hati jugak lah kan. Hehe.....bukankah diary ini luahan hati, buat penawar kenang-kenangan.

Malam Isnin 15.02.2016 si kecil Aida yang berumur 3 tahun 3 bulan lebih sikit tu telah selamat rendam handphone ku dalam baldi.

Huhuhu....sedihnya. Aida memang suka main handphone. Pandai selfie sendiri. Pandai rakam suara dan video juga. Kadang-kadang pandai sungguh hantar whatsapp. Jenuhlah nak menjawap dengan kengkawan pasal whatsapp yang dia hantar tu. Kita ni bila dah jadi mak dan sibuk di dapur, kadang tu kan...lupa nak tutup data dan simpan telefon. Bila handphone tu dah berada dalam tangan dia macam-macam lah jadinya.

Bila di soal siasat oleh abahnya kenapa handphone tu boleh berada dalam baldi. Jawapan dari si kecil itu "Adda nak assuh...." Huwaa... mama ni dah rasa nak nangis dah tapi tak adalah pulak airmata yang keluar. Mungkin hati juga sedang marah.... tapi aku cuba untuk mengawal rasa marah tersebut. Yelah, risau pula nanti jadi kes 'terdera' anak sendiri pulak kan. Kemudiannya, aku asyik berkurung dalam bilik melayan hati yang sedih dan Aida pula tidur diluar malam tu.

Subuh selasa esoknya, en suami memujuk agar aku redha dengan kejadian setelah usaha untuk menyelamatkan handphone menuju ke arah kegagalan.

"Sudah-sudahlah muncung tu....kena redha dengan ujian kecil ni. Berapa lama nak marah"
Dan yang sebenarnya yang paling sedih tu sebab ada gambar-gambar yang belum dipindahkan ke dalam komputer. Gambar-gambar ni umpama diary tanpa tulisan tau. Bila kita pandang, kita akan teringat kejadian masa lampau.

Bila bercerita pada kawan-kawan di tempat kerja ada yang gelak bila mengetahui aida nak membasuh telefon itu. Apa yang kotor pun tak taulah..... Hati masih lagi rasa sedih namun bak kata en suami kena redha dengan ujian kecil dari Allah swt ini.

Ya.....tengah memujuk hati untuk redha dan berlapang dada.









2 comments:

Yanaam said...

Laa.... kenapa tak auto upload ke cloud ? Onedrive ke... Box.com ke..

Bila Diary Bercerita said...

Tu la...memang tak buat auto upload pun. Huhu....

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...