"Kenyataan" - memujuk rakyat?

Hangat hati betul bila dengar kenyataan Pak Lah yang mana kerajaan kononnya prihatin dengan masalah rakyat dan telah bersetuju untuk memotong "Elaun Keraian" menteri sebanyak 10%. Apa jenis kenyataan ni? Helloooo... dengan petrol yang naik hampir 40% dan juga tarif letrik yang dibenarkan naik sehingga 18%, apa nilainya dengan elaun keraian yang 10% tu??

Bayangkan kalau sebelum ini Elaun Keraian menteri sebanyak RM18,000.00 setahun. Jika dipotong 10% baru RM1,800.00 je. Masih berbaki RM16,200.00 Patutnya potong gaji menteri tu sebanyak 30% dan Elaun Keraian tu 50%.

Hai.....nampak sangat tak ikhlasnya kenyataan Pak Lah dan sikap kerajaan dalam isu ini.

5 comments:

Hartini Omar said...

kak,
-pak menteri ingat rakyat marhaen ni bodoh dan bengap sangat macam depa kot...
-macam la rakyat boleh terpujuk ngan pemotongan elaun depa yg setakat 'celah2 gigi tu'
-buat keje tak ikhlas camtu laa
-jemput baca blog A.Kadir Jasin ngan Dr. Asri Zainal Abidin kak (ada link kat blog sy)
-tgk perbezaan org ada ilmu ngan org tak berilmu

Nafastari said...

Hohoho... Setuju sangat la!

Bila Diary Bercerita said...

Dulu Kini & Selamanya menteri duk kumpul harta. Elaun parking je dah dekat RM5 ribu. Rakyat bawahan jugak le yg merana dan terluka

jagoan said...

Rakyat merajuk...

Maswafi Abd Samat said...

Mulai hari ini saya bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat, dengan harapan dapat elaun beribu-ribu ringgit. he...hee..

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...