Lompat Si Katak Lompat

Lompat si Katak lompat
lompatlah tinggi-tinggi
cepatlah Kome cepat
cepat sedia peti ngundi?

Lompat si Katak lompat
lompatlah atas pagar
politik perak semput tersekat-sekat
DUN Perak kena bubar?

Lompat si Katak lompat
lompat masuk lumpur
lagi banyak orang dok ngumpat
Perak belum tentu lagi hancur?

3 comments:

Anonymous said...

Isu diPerak ujian untuk Najib dan Anwar bukan untuk Nizar. Weh, bila kamu nak balik Ipoh? Jom sama-sama pergi rumah MB nak?

Hartini Omar said...

katak oh katak
kenapa kau panggil hujan
macamana aku tak panggil hujan
nak halau si adun barisan

-ya, ujian untuk rakyat juga

Bila Diary Bercerita said...

Katak dah melompat atas jalan...
antara roket dan juga bulan,
peri Sultan pada timbangan.

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...