Politik Perak Makin Haru Biru...

Alahai Perak kampungku
kenapa langit mu tidak lagi biru
yang ku lihat hanya awan kelabu
dan udara mu penuh debu.....


Yang menang belum tentu menang walau rasa senang
Yang kalah dan mengalah belum tentu kalah walau payah
(fikir-fikirkan.........)


[Kalaulah P.Ramlee ada lagi dizaman ini, mesti beliau ketawa besar dengan aksi dan gelagat para ahli politik Malaysia]

6 comments:

sheikh teluk intan said...

Salam Aishah,

Pandai Aishah tulis puisi. Pak sheikh suka baca puisi Aishah, tapi enggak pandai tulis puisi.Merapu Pak Sheikh pandailah.

Pak sheikh dah cuba beberapa puisi Aishah untuk dijadikan lirik lagu puitis. Ada jugak yang ngam.

Apapun terus terus menulis puisi.Aishah ada bakat besar.

Tahniah dari Pak Sheikh.

Bila Diary Bercerita said...

Terimakasih Pak Sheikh kerana datang singgah diblog saya.

Uuiii....kembang rasa hati bila dapat pujian ni.

InsyaAllah saya akan terus menulis lagi.

azlishukri said...

perak tidak hanya kalut..malah makin mencemaskan.

Anonymous said...

Hai Aishah
udoh Perak memang gitu
sejak dulu tak sebulu

Yang tak dapat nak jadi raja
pergi jumpa Clarke di Singapura

Yang dicengkam Birch si orang asing
upah anak watan tunjuk samseng

Yang sepatutnya gilir bergilir
angkat kening lidah menjelir

Udoh memang sejak dulu gitu
kawan memikio pun naik berbulu
sekarang dah tak balik Bidor lagi
kalau balik pun buat sakit hati
elok le teman diam je
karang teman pun kena gas pemedih mata

Bila Diary Bercerita said...

Muhammad Azli Shukri,

Terimakasih kerana bertandang ke laman ini.

Bila Diary Bercerita said...

Najwa Aiman,

Ke darat ke baruh
mencari rotan tidak berjumpa
politik Perak makin keruh
angkara kusta kuasa menimpa

Golongan elit hilang bijaksana,
hidup rakyat macam tu juga
terlebih kata disembur gas pemedih mata
silap bicara mau kena ISA gamaknya

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...