Hari Sabtu yang lepas aku & cik Abang pergi ke Pasar PJ. Nampak le ada orang jual Ikan Sembilang. Cik Abang beli 2 ekor. Dia minta aku masak 'gulai kuning'. Okeylah. So, pada pendapat aku gulai kuning tu mestilah gulai lemak cili api kan.... tapi cik abang tak benarkan aku letak daun kunyit. Katanya letak daun kaduk. Emmmm, tak pernah le pulak aku makan masak lemak campur daun kaduk.
Cik Abang kata dia teringat masakan neneknya. Neneknya akan masak ikan sembilang atau ikan keli dengan gulai kuning ni. Petang tu aku pun beriya-iya lah memasak gulai kuning sebagaimana permintaan suami. Tapi kan, dengan daun kaduk dalam gulai tu membuatkan hidung aku tak tahan dengan baunya. Busuk semacam je. Bau macam ubat gegat pun ada. Heeee......heee....
Alih-alih setelah siap resepi tu dan bila masa berbuka, cik Abang cakap rasa dia tak sama macam nenek dia masak. HAH??? Pas tu dia cakap gulai yang nenek dia masak taklah kuning sangat macam ni. Aikk... aku terlebih letak kunyit hidup ke? Dah kata gulai kuning, mestilah masak lemak cili padi kan. Iskh!.... musykil aku. Walau macam mana pun, dia habiskan jugak le ikan tu. Sebabnya aku sendiri rasa tak berapa lalu nak telan disebabkan bau daun kaduk tulah...
Hari ni, aku telefon makcik suami aku tanyakan betul ke gulai kuning cara yang aku masak hari sabtu tu. Guest What? Ha....ha.....ha...... rupanya gulai kuning yang dimaksudkan cik abang aku tu memang bukan masak lemak cili padi punnnn. Resepi yang makciknya bagi 100% tak sama dengan masak lemak cili padi.
Huk Alah...... dan berbelas tahun kawin dengan orang ganu ni tak pass masak lagi aku rupanya. Nak buat camna, lain negeri lain pula cara masakannya kan. Bahan-bahan untuk 'gulai kuning' ala t'ganu ni seperti berikut:-
Ketumbar 1 sudu kecil (ditumbuk halus)
kunyit hidup ]
lengkuas ] dlm 1/2 inci
halia ]
bawang putih - 1 ulas je
bawang merah - 2 atau 3 ulas
cili kering - 3, 4 biji ****** Kesemua bahan ditumbuk
asam keping
santan
Cara masak? lebih kurang sama gak le macam masak lemak biasa tu...
nampak gayanya disatu hari lain yang indah pula kita masak gulai kuning ni ye cik abang.....
9 comments:
hehee.. kite pun ada masalah sama ngan awak, lain negeri, lain tafsiran dia kan..
aritu pa suh nor kukus ikan, so nor pun cakap ngan pa yang rumah kite takde kukusan.. pa kata, boleh, kukus je.. letak air, letak ikan. kukus la tu.
uhu.. pada pemahaman saya, kukus= stim, so mestilah ada stimmer@kukusan!
yang dia maksudkan rupanya REBUS dalam pemahaman saya. adoila..macam2 istilah..
Hahaa... Masih berlaku perbezaan budaya walaupun dah berbelas-belas tahun bersama,ek?! Tapi kan, gulai kuning ikan darat mok (Kg Rahmat) buat memang la sedap... Sekarang pun gue telan air liur bila teringatkan gulai tu...
Salam Aisyah,
Terima kasih kerana resepi itu. Nanti teman nak mencubanyer. Teman dah jadi surirumahtangga sejak vss. Cuma belum pakai baju kurung and ain batik lagi.
Isteri Pak Sheikh, org Penang. Dia punya kari ikan pun sangat beza dengan kari arwah mak pak sheikh masak. Dia tak masuk alba, biji sawi dan daun karipulai. Teman tak suka masakannya. Tapi diam saja. Takut dia mogok, susah pulak hidup pak sheikh yang sedang dilanda kegeringan.
Rasanya tak la teruk sangat.biasa je.
Lutfi
Kenapa tidak bertanya?
Jemputlah ke blog kita.Nanti nak masak gulai kuning ala terengganu,ajak kita skali ye.
Mawar,
satunya kita menghadapi masalah bahasa. Keduanya, mana nak sama cara masak kita dgn orang sana kan kan kan....
Pengalaman akak masa baru kawin dulu asyik kena tegur cara masak je. Sabor jelah.
Nafastari,
Biasalah bila bulan posa je Abe mu tu nak ikut selera pantai timor. Ada ketikanya beli juadah ala-ala t'ganu kat bazar ramadhan. Senang.
Pak Sheikh,
Beruntunglah Permaisuri Pak Sheikh kerana Pak Sheikh rajin ke dapor.
He..he..kadang-kadang tu saya ada gak perasaan nak buat mogok masak. Tapi selalunya kena masak juga untuk anak-anak.
Lufti,
Akak dah bagitau pada Abe mu lain kali sebut "Gulai Oren" bukan "Gulai Kuning" ha..ha...ha..
sebabnya Che De bagi tau warna dia tak kuning tapi oren sikit.
Mince4AM,
Tak lah bertanya sebab ingatkan dia nak makan masak lemak cili api. Masak lemak tu pun selalu dia sebut gulai kuning juga. He..he..
Kopiah Putih,
Selamat datang ke dunia blogers. Nanti akan singgah ke laman awak ye.
Post a Comment