SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada rakan taulan dan pembaca semua. Mana-mana yang ingin pulang ke kampung tu, didoakan semoga selamat dalam perjalanan. Mana-mana yang tertinggal dan beraya di Kuala Lumpur ni, jangan sedih-sedih.... Raya tetap Raya k.
Malam ni terasa rajin sikit nak update blog. Mula2 letak resepi... pastu nak membebel kat sini pulak. hehe... :D Ikut perancangan besok petang baru bergerak balik ke kampung suami di Trengganu. Pagi-pagi esok nak buat brownies & kek dulu. Hmmm...kain baju pun belum berkemas lagi. Lepas nilah baru kemas. Hari ni baru selesai buat biskut raya untuk dibawa pulang ke kampung. Lepas tu sibuk pulaklah nak mengemas rumah, masak untuk berbuka dan sambung kemas lagi. Tetiba rasa macam penat...Hmmm, akhirnya tercatuk pulak depan laptop ni.. Update resepi, jenguk FB dan sambung berblog. Hahaha..
Alahai.....cepatnya jarum jam tu berpusing. Dah hampir pukul 12 mlm rupanya. Kenalah berhenti melayan internet dan buat kerja rumah. Adoiii....kalau ada bibik kan senang, boleh gak minta tolong. Jawapnya diri sendiri lah yang jadi bibik....
Daun Kantan Daun Keladi Bunga Kekwa dalam Jambangan, Diary ini luahan hati Buat penawar kenang-kenangan...
Biskut Multigrain
Jangan tak percaya rupanya boleh jugak buat biskut dengan tepung roti. Hehe...alkisahnya sebab terpandangkan Multigrain bread flour yg masih ada separuh tu. Nak buat roti dlm bulan puasa ni memang tak berapa jalan lah... Lepas raya kut baru menyambung aktiviti meroti lagi. So, saja-sajalah cuba cipta resepi dengan tepung roti ni..eh! tak sangka..menjadi. Sedap la pulak. Yelah dlm tepung tu dah ada berbagai bijirin mestilah rasa wangi. Ada biji bunga matahari, ada oat, ada biji labu dll. Ok jom tengok resepi ni....
100 gm multigrain bread flour mix
100 gm tepung naik sendiri
100 gm tepung jagung
140 gm cornflakes kisar (jgn halus sangat..biar kasar2 sikit)
250 gm butter
150 gm gula kastor
1sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
** boleh letak kurma/ceri/kismis untuk hiasan
Caranya:-
Tepung jagung dan tepung kek diayak. Kemudian campurkan dengan multigrain bread flour dan cornflakes kisar. Ketepikan.
Pukul butter bersama gula hingga kembang dan berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla.
Masukkan adunan tepung dan uli hingga jadi doh.
Gentelkan bulat2 dan leperkan sedikit letak dlm dulang.
* Kalau suka sapu kuning telur dan hias dengan kurma/ceri/kismis atau apa2 ajelah...
Bakar dengan suhu 175c sehingga keperangan.

Resepi Cornflakes Madu yang harum
250 gm cornflakes
125 gm butter
1/2 cawan gula perang *( kalau tak suka manis boleh kurangkan)
5 sudu makan Madu (wajiblah ada) * boleh ganti dgn golden syrup
manik warna warni untuk hiasan
paper cup comel secukupnya
Cara2nya....
Campurkan butter & gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter.
Masukkan cornflakes ke dlm cairan butter tu bersama dengan madu dan aduk hingga sebati dan rata.
Dah rata, masukkan dlm paper cup dan hias dengan manik warna warni.
Bakar selama 10-15 minit.
Bila dah siap bakar tunggu sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara
** Emmm....tak sempat raya, cornflakes ni dan tinggal separuh balang.

Biskut Choc Chip Nestum Ranggup
Tetiba terasa nak update blog pulak hari ni. Mood raya makin dekat. Hihihi :)....
Tahun ni aku memaksa rela dan merajinkan diri membuat sendiri biskut raya. Huh! harga pasaran biskut raya di kota yang penuh lumpur ini mahal sungguh. Demi anak-anak biskut raya tu wajib berada diatas meja untuk dijamu pada rakan-rakan mereka. Melayan permintaan anak-anak pun mau pening kepala juga. Berderet-deret la pulak senarai biskut kegemaran mereka. Haisshhh....
So, pagi Ahad yang lalu aku telah berjaya membuat Choc Chip Nestum yang ranggup ini.
Rupa biskut ni tak lawa mana tapi kiranya menepati citarasa anak-anak.
Aku tinggalkan resepi biskut dalam blog supaya mudah untuk aku membuatnya kembali pada bila-bila masa.
Resepi Choc Chip Nestum
Bahan A
250 butter
1 sudu besar shortening
160 gm gula perang (nak letak gula castor pun boleh, gula perang lebih wangi)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B
130 gm tepung naik sendiri (tepung kek)
100 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
100 gm chocolate chip
50 gm chocolate rice
50 gm badam cincang (di bakar sekejap atau di sangai dlm kuali)
50 gm nestum
Cara-caranya :-
1) Ayak tepung kek, tepung gandum dan serbuk koko sekali
2) Pukul mentega dan shortening dengan gula sehingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla.
Pukul sehingga sebati.
3) Masukkan chocolate chip, chocolate rise, badam dan nestum
dan gaul bersama tepung yang diayak tadi sehingga rata dan bersatu.
4) Kemudian baru masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul sehingga sebati semuanya.
5) Gunakan sudu kecil dan letak diatas loyang sebelum dibakar.
Boleh juga kalau nak dibulatkan sebesar biji guli dan leperkan sedikit.
Ikut sukalah....Pastu bakar dalam oven yang bersuhu antara 175-180c.
Jangan lebih nanti hangus lak...
Selamat mencuba kepada sesiapa yang teringin nak ikut resepi ni....
p/s ** Kalau terRajin.... esok atau lusa atau tulat atau.......
tunggu ajelah bila-bila.....(one sweet day)
aku tulis resepi biskut yang lain pula.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt
Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...
-
Apa perasaan korang jika mendapati ada benda asing yang keras macam dawai tiba-tiba terkeluar daripada permukaan perut korang? Mesti lah pan...
-
Kadang-kadang kebetulan-kebetulan yang hadir dalam hidup kita ada suka dan ada duka.... "Easy to judge the errors of others Difficult t...
-
Pagi ni aku terima satu e-mail yang mengatakan jangan guna pinggan mangkuk drpd Melamine. Hmm.....korang bacalah tentangnya. Aku dah cut ...