Salam AidilAdha

Salam AidilAdha kepada muslimin dan muslimat.

Raya Haji tahun ini pastinya menjadi sejarah kerana penyakit Covid19 yang melanda dunia belum lagi hilang dari muka bumi. Di Malaysia,  kes kembali meningkat kepada 2 angka. Hmmm.....rakyat Malaysia pun ada jenis yang degil tak dengar kata. Tak peduli dengan SOP yang pihak kerajaan umumkan. Bila dah sakit nanti baru la sedar diri agaknya.

Tak nak mengomel panjang. Cuma nak bagi pesanan ikutlah SOP yang pihak kerajaan tetapkan walaupun kita nak sambut Raya besok. Yang penting pastikan pakai topeng muka ditempat awam dan tempat sesak ya. Jaga jarak masing-masing. Jaga diri dan jaga keluarga.

Yang melakukan ibadah korban, semoga amalan kalian diterima oleh Allah swt.



Rindu

Ku tulis namamu
Pada helaian kertas
Ketika rindu bertamu
Calar hati masih berbekas

๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ

Menyulร m benang dikain sutera
Benang disulam menjadi bunga
Niat dihati ingin bercerita
Tetapi terhalang oleh masa

๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน


Covid19 dan Hari Raya hilang serinya....


Hari ini 3 Jun 2020 bermakna sudah sebelas Syawal. Masih dalam bulan Raya kata orang. Tapi disebabkan penyakit Covid19 yang melanda dunia, Aidilfitri pada tahun ini terasa begitu suram. Hari Raya yang saban tahun disambut dengan begitu gembira oleh rakyat Malaysia kali ini sambutannya amatlah berlainan sekali. Pihak Kerajaan tidak membenarkan rakyat merentas negeri berjumpa kaum keluarga demi menyekat penularan penyakit. Maka ramai anak-anak yang berduka cita kerana tidak dapat bertemu ibu bapa dan kaum keluarga yang lain. Hanya pada Hari Raya pertama sahaja  pihak berkuasa memberi kebenaran untuk berhari raya berkunjung ke rumah kaum keluarga yang berdekatan , itupun tidak melebihi 20 orang. Sedih kan…

Sudah seminggu berhari raya dirumah sahaja. Rata-rata rakyat Malaysia sudah boleh menerima suasana baru. Tiada istilah ‘Open House’ kali ini. Berhari raya hanya untuk keluarga sahaja. Aktiviti anak-anak pada hari raya hanyalah makan, minum, menonton siaran television, bersembang ditelefon gengam ditangan masing-masing, menghadap laptop dan bila bosan, mata pun terpejam.

Inilah nanti menjadi kenangan beraya tahun 2020. Semoga tahun depan dan tahun-tahun seterusnya kita semua boleh kembali kepada situasi normal. Setakat hari ini PKPB yang diumumkan oleh pihak Kerajaan Malaysia sehingga 9 Jun 2020. Tidak pasti sama ada PKPB ini akan disambung lagi ataupun tidak. Semua orang menanti pengumuman kerajaan dan berdoa agar semuanya kembali seperti sediakala.
Mungkinkah? Sedangkan setiap hari masih ada kes Covid19 yang baru.

Anak-anak masih lagi tidak dibenarkan ke sekolah. Pembelajaran pun terganggu. Belajar secara dalam talian? Pun ada kesukaran juga. Tak kan lah setiap hari ibu bapa bertukar sifat menjadi Singa untuk mengajar anak. Anak-anak pun pandai komplen dan mengomel apa yang diajar ibubapa tak sama dengan cara Cikgu Sekolah mengajar. Hmmm……  Yang bekerja ketika PKPB ini pun terasa tempias susahnya mengurus pekerjaan. Bekerja dari rumah? Mungkin indah dan seronok bagi sesetengah orang dan tidak bagi orang lain. Bukan semua jenis pekerjaan dapat diselesaikan dirumah. Dan bagi peniaga yang sebelum ini berniaga secara kecil-kecilan di pasar malam contohnya, mereka terasa sukar untuk mencari pendapatan. Berniaga secara dalam talian? Bagi orang muda dan celik IT mungkin tidak sesukar mana. Bagaimana dengan nasib golongan veteran atau mereka yang sukar mengakses data internet?

Memang betul apa yang orang tua-tua dahulu berkata ‘Penyakit datang macam ribut, perginya macam semut’ Covid19 ini entah bila akan berakhir atau lenyap dari muka bumi pun tiada siapa yang mengetahui. Apa yang penting sekarang, kita semua kena lebih berjaga-jaga demi kesihatan diri sendiri dan kaum keluarga.

Diary bercerita meluahkan apa yang dirasa. Terimakasih kepada yang sudi membaca.

Belum terlambat lagi untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ kepada semua muslimin dan muslimat.


Sajak PKP



Sajak ini ku nukilkan dalam mukabuku pada 12 April yang lalu. Hari ini terasa ingin berkongsi dilaman diary. Laman ini kan tempat meluah rasa, bermain dengan kata. Jadi eloklah salin disini untuk kenangan kemudian hari.
๐Ÿ˜ƒ

PKP bersambung lagi meresahkan sanubari
Seluruh negara diminta bersatu hati
Duduk dirumah lakukan aktiviti
Dan kenalah pandai mengurus emosi

PKP ada isteri terpaksa berjauhan dengan suami
PKP ada ibu ayah yang terpisah dengan anak
PKP ada keluarga hilang sumber rezeki

Rakyat yang dulu aman
Sudah mula gelisah
mereka yang bertugas dibarisan hadapan
juga merasa lelah

Semoga kita terus tabah dalam peperangan ini
Dari Singgahsana hingga rakyat jelata
Tak kira miskin atau kaya
Misi kita hanya satu
Kita mesti menang
Melawan Covid19
Yang kumannya tak terpandang
Tapi menyerang kita dalam diam

Kita mesti Menang!!


PKP dan malam Nisfu Sya'ban

Hari ini Rabu 8 April 2020 masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Dan malam ini merupakan malam Nisfu Sya'ban. Kalau di tahun-tahun sebelum ini, pastinya ketika selepas solat Magrib akan kedengaran alunan ayat-ayat suci dari kalam Allah berkumandang di setiap Masjid dan Surau. Namun hari ini PKP sedang berjalan. Pihak Masjid dan juga Surau telah maklum mengenai tiadanya solat secara berjemaah. Sesuatu yang janggal bukan. Disebabkan PKP jadual harian manusia dimuka bumi telah berubah. Semuanya kerana serangan penyakit berjangkit Covid19 yang melanda negara juga dunia.

Bila Allah swt menarik rahmatNya daripada kita apakah kita masih lagi leka? Ambillah peluang untuk berdoa di malam ini, malam yang dikatakan antara malam mustajab doa. Semoga doa-doa kita dimakbulkan oleh yang maha Esa.

Semoga buku baru lebih banyak tercatit pahala bukan menambah dosa. Semoga kita muslimin dan muslimat terus terpelihara keimanan ketika di zaman fitnah bermaharajalela.


Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...