Bijakkah orang kita berpolitik?

Ini soalan cepu emas yang aku terima. "Bijakkah orang kita berpolitik?" Uhuk...uhuk.... terbatuk gak bila nak menjawapnya. Ginilah, pada pandangan mata aku rata-rata orang kita belum mencapai tahap berpolitik yang kita nak kategorikan sebagai A+. Sebabnya, ramai orang tak heran pun dengan politik atau malas nak masuk campur hal-hal politik ni. Janji makan pakai cukup dah. Bila masa piliharaya, pangkah aje yang berkenan dihati.
Ahli politik yang sedia ada pula bukan semua panjang akal dalam bab-bab pemerintahan untuk kesejahteraan hidup rakyat. Cuba lihat telatah mereka didalam sidang Parlimen ataupun DUN. Kadang-kadang kita akan dapati isu yang dibangkitkan tak relevan langsung dengan kehidupan rakyat. Ada masanya kita akan dapati mereka lebih mencari populariti dalam keadaan-keadaan tertentu. Tak kiralah parti manapun......lebih kurang sama je.
Dan kita juga amat memahami bahawa ahli Parlimen ataupun Adun yang kita pilih itu bukan semuanya belajar Sains Politik pun.... sebab tu ada yang kita rasa bagus ada yang tidak. Masyarakat kita lebih sukakan ahli politik yang 'popular'. Yang betul-betul bekerja tak pulak terpandang dimata kita. Ataupun kita juga memikirkan 'apa laba yang boleh diperolehi' dengan seseorang ahli politik itu.
Ada juga terdapat ahli politik yang tak sedar diri, perasan diri hebat dimata masyarakat selepas habis piliharaya. Konon diri dan parti siasahnya menjadi pilihan hati rakyat. Kadang-kadang rakyat mungkin tiada pilihan lain, maka dipangkah aje apa yang ada didepan mata. Namun harus diingat bila ada perasaan kecewa pada mereka yang telah memberi undi tersebut apa akan berlaku pada pilihanraya yang akan datang. Belum tentu parti tersebut akan menjulang kemenangan. Silap haribulan jatuh terlentang....
Sejauh mana ahli politik yang sedia ada di Malaysia ini boleh menerima kritikan? Bijakkah mereka jika melenting tak tentu pasal apabila dikritik hebat? Bagaimana pula pendirian ahli-ahli badan siasah jika pimpinan mereka yang disanjung dikritik kerana sebab-sebab tertentu. Apakah mereka boleh berlapang dada menerima teguran?
Satu soalan lagi, "Kalau dulu sama berguru, kenapa sekarang menjadi seteru?"
Huh! yang ni jawapan yang paling pasti adalah 'soal hati' mungkin juga 'soal money'.....

Benang bedah yang terkeluar dari dalam perut?

Apa perasaan korang jika mendapati ada benda asing yang keras macam dawai tiba-tiba terkeluar daripada permukaan perut korang?
Mesti lah panik dan risau kan…… itulah perasaan yang aku alami sejak petang Ahad yang lalu. Mula-mula ingatkan ada bisul atau apa, sebab ia macam bernanah. Pelik le pulak. Rasa keras tajam macam dawai je. Cuci macam biasa jelah. Tup-tup petang Isnin ianya terkeluar sedikit. Terkejut bila nampak macam dawai hitam terjojol keluar. Mulalah terfikir tak kan ianya benang masa bedah tahun 1994 dulu. Iskh! Musykil betul. Dah lebih dari 15 tahun. Lagipun pembedahan tu bukan pembedahan bersalin sebab masa tu aku belum kawin lagipun.



Semasa temujanji untuk lawatan klinik mengandung, aku minta pendapat doktor. Risau le jugak kut jadi apa-apa lagipun kandungan dah masuk 36 minggu. Aku dijangkakan untuk bersalin pada 23/11/09 nanti. Hmmm….terus kena refer kat Surgeon. Lagilah kecut perut aku. Mulalah terbayang yang bukan-bukan. Tapi aku dinasihatkan jangan terlalu risau takut BP pulak naik mendadak nanti. Bahaya! Macam mana tak risau, bila kandungan dah besar ni macam-macam masalah pulak yang timbul. Haemoglobin pula rendah. Paras normal antara 11.5 – 16.5 Tapi haemoglobin darah aku hanya 9.8 aje. Kurang banyak tu……., patutlah asyik letih je memanjang.



Hmmm….pusat aku ni sebenarnya ada problem sejak lahir lagi. Tak normal macam orang lain. Aku pernah dinasihatkan untuk dibedah semasa aku disekolah rendah lagi. Tapi, biasalah masa tu mak aku tak izinkan. Dan berbagai jenis ubat herba mak guna untuk sapu dipusat. Sampai satu ketika ada satu ubat yang rupanya macam kemenyan warna biru yang disapu ke pusat aku. Adoiii….lah, sakit nya bukan main bila disapu dengan serbuk kemenyan biru tu. Last-last aku cakap pada mak tak payah le letak apa-apa ubat pun. Biarkan ajelah. Sebelum dibedah dulu, kadang-kadang pusat aku akan merasa sakit dan berdarah. Bayangkan 24 tahun aku menanggung sakit yang macam tu. Akhirnya atas nasihat beberapa rakan barulah aku berani nak meneruskan pembedahan tersebut. Selepas dibedah, aku MC sampai sebulan. Disini aku mengambil kesempatan nak ucapkan terimakasih pada Dr. V… yang banyak memberi galakan pada aku satu ketika dulu. Jasamu tetap dalam ingatan (he..he.. entah dia baca ke tak entri aku yang selalu merapu ni)
Maka pagi tadi appointment aku untuk berjumpa dengan Consultant Surgeon di TDMC memberi jawapan yang tepat dan penerangan daripada Dr. Leela amat memuaskan hati. Memang betul ianya adalah benang Nylon (warna biru lagi) yang digunakan untuk jahitan semasa aku melakukan pembedahan dulu. Menurutnya, benang tersebut tidak akan hancur didalam badan. Yang aku pelik tu dah tiga kali aku mengandung tak de le pulak benang tu nak tembus keluar daripada perut sebelum ni. Lepas doktor check dia pun tarik keluar sikit benang tu dan potong. Rasa ngilu dan sakit jugak le sikit. Lebih kurang ½ cm benang tu yang dipotongnya. (Benang tu rasa keras macam dawai, saiz benang lebih kurang macam stapler tu ha) Kemudian dia spray dan plaster je kat tempat yang dah terlubang. Doktor siap lukis lagi semasa memberi penerangan untuk mengambarkan pada aku macammana kedudukan benang yang mengikat bahagian dalam perut yang berhampiran dengan pusat aku tu. Aku dinasihatkan untuk menghabiskan antibiotik yang diberi. Kandungan dah besar, dah tiada masalah untuk mengambil ubatan lain. Minggu depan aku akan bertemu dengan Dr Leela lagi untuk rawatan susulan.


Sekarang ni dah rasa lega sedikit. Lepas ni nak menghitung hari pulak untuk menunggu kelahiran orang baru. Adik aku dah selamat melahirkan anak lelaki pada 26/10 yang lalu. Tapi baby dia sonsang, kepala diatas terpaksalah kena bedah kali ni. Masa first baby dulu normal je ikut pintu. Tahniah untuk Ogy. Aku pulak, masa scan hari tu nampak kedudukan baby ok-normal. Harap-harapnya lepas ni tiada lagi masalah yang timbul.

Bila Kalah di Bagan Pinang

Kalau itu takdirnya
terimalah kekalahan dengan rela



Kalau itu takdirnya
yakinlah ini ujian kecil dariNya



Kalau itu takdirnya
kenapa tidak diikat semangat juang
serta suburkan harapan
ke jalan kemenangan
Tetapkanlah iman
ketika mencari titik-titik kesilapan



Kalau itu takdirnya
Kalah menang memang adat pertandingan
janganlah pula menjadi bosan
untuk terus menegakkan syiar Islam.


Teluskah nanti Kupon Beras Percuma ini?

Kupon beras percuma kepada keluarga miskin ?
Baca petikan akhbar dibawah membuatkan minda aku terfikir sama ada terdapat agenda tersembunyi disebalik pemberian kupon percuma ini nanti.



KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengedarkan kupon beras percuma kepada 200,000 keluarga miskin di seluruh negara hujung tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata, pemberian kupon itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di Pekan, Pahang pertengahan November ini. “Pemberian kupon khas itu adalah menggantikan sistem pemberian subsidi beras kepada pengilang dan pemborong beras yang bernilai RM60 juta sebulan.
“Saya nak tegaskan di sini, skim baru ini bukan bermakna harga beras naik, tetapi ia hanya kerana kerajaan menarik balik subsidi beras yang selama ini diberikan kepada pemborong dan peruncit,” katanya selepas memberi taklimat Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) kepada pegawai kerajaan serta Ahli Parlimen di sini.
Beliau berkata, menerusi program subsidi itu kira-kira 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 sebulan di luar bandar akan menerima kupon bagi 30 kg beras percuma setiap bulan manakala lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan di bandar dan RM1,000 sebulan di luar bandar akan menerima tiga kupon subsidi bernilai RM10 setiap satu enam bulan sekali.
Katanya, turut menerima beras percuma dan subsidi beras ialah kira-kira 15,000 keluarga Orang Asli di seluruh negara. Noh berkata, penerima kupon RM10 melayakkan pemegangnya membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) bagi 10 kilogram yang berharga RM24 pada harga RM14 dan jika mahu membeli beras lebih mahal, mereka hanya membayar perbezaan harga beras itu sahaja. - Bernama
Benarkah bila subsidi telah ditarik balik daripada pengilang dan pemborong beras, harga beras tidak akan naik? Bukan ke selama ni pengilang & pemborong beras yang "mengawal" harga beras? Jika selama ini kerajaan berjaya menetapkan harga beras mengikut gred tertentu bersandarkan pada "SUBSIDI" yang kononnya dikawal oleh pihak kerajaan sendiri, maka bila subsidi ini telah ditarik balik ada kemungkinan pemborong beras akan cuba menaikkan harga beras nanti. Aku nak tunggu dalam sebulan dua ni....... kalau betul harga beras tak naik kira baguslah, tapi jika sebaliknya nampak sangat ada yang tak kena dalam isu ini.
Lagi satu tentang pemberian kupon itu sendiri. Bagaimana pula cara pengagihannya? Teluskah nanti pihak-pihak yang dilantik untuk mengedarkan kupon tersebut? Takut nanti kupon itu hanya berlegar pada kroni-kroni tertentu je. Silap haribulan mereka yang benar-benar layak untuk memperolehi kupon tersebut tak dapat apapun. Setakat dengar cerita pihak lain pula yang gembira dapat kupon percuma.
Beras ni merupakan makanan asasi rakyat Malaysia. Andai kata harganya melambung tinggi nanti, siapa yang untung dan siapa yang rugi? Kalaulah para penanam padi yang membanting tulang empat kerat disawah tu dapat imbuhan yang setimpal tak apalah juga. Sekurang-kurangnya penat lelah mereka berbaloi berpanas terik mentari ketika bersawah. Namun aku menjangkakan yang senang lenang pastilah orang tengah - pemborong!!!
(Hmmm...... tunggu dan lihat apa pula berita selepas ini).

Bagan Pinang - Satu persoalan sebelum keputusan

Orang-orang di N9 masih seronok nak beraya atau berdebar tunggu keputusan piliharaya?

Bolehkah Isa Samad menang dengan mudah di Bagan Pinang?

Berapa banyak undi rosak nanti?

Bekas tentera yang tidak lagi berkhidmat dengan ATM masih boleh mengundi secara pos ke? Kalau mereka dah ada kad pengenalan awam, boleh ke nak buat lawak undi 2 kali?

Apakah benar para tentera tak berani nak memangkah selain BN sebab takut nanti payah nak naik pangkat?

Berjaya ke PAS mengurangkan undi majoriti pada BN andai BN menang sekalipun?

Benarkah hanya golongan tua sahaja yang masih sayangkan Isa?




Hmmmm………lagi banyak persoalan, lagilah payah nak jawap. Tapi rata-rata ramai teman aku yang berasal dari N9 mengatakan yang 90% Isa Samad pasti menang. Kebanyakan mereka melihat Isa Samad sebagai bekas MB “yang bagus” (????)

Alahai………..

Salam Lebaran



Salam Lebaran untuk rakan taulan


juga kaum keluarga yang membaca coretan


semoga raya yang disambut mengembirakan


namun jangan dilupa pada mereka yang serba kekurangan


hulurkan bantuan sekadar kemampuan


agar indahnya raya dapat dikongsikan


bersama mereka yang memerlukan.



Aku akan mula bercuti mulai esok. Anak-anak dah tak sabar nak menyambut raya. Tahun ni kali pertama aku tidak membuat biskut raya sendiri. Semua main beli je. Rasa tak larat nak mengadap oven tu lama-lama. Lagipun bila kandungan dah 7 bulan ni, cepat rasa penat. Akhir-akhir ni pun untuk juadah berbuka, aku beli je ikut selera anak-anak & suami. Tak kisahlah keluar RMRM tu..... asalkan badan tak penat sangat. Mood nak menghias rumah ni pun hilang. Kalau rajin, mungkin selepas pulang dari kampong nanti baru nak menghias rumah. Tengoklah macam mana nanti.


So, kepada mereka-mereka yang akan pulang beraya ke kampong halaman tu aku doakan semoga kalian semua selamat dalam perjalanan.

Yang aku tak faham dengan Indonesia

Aku pelik betul lah dengan perangai segelintir orang Indon ni. Tak faham sungguh. Apa yang mereka nak daripada Malaysia sebenarnya? Aku rasa dorang ni dengki kut dengan kemakmuran negara ni. Tak habis-habis dengan isu yang kononnya orang-orang malaysia ni tak prihatin dengan mereka. Macam kes tarian pendet tu, orang malaysia pun tak hingin nak mengaku itu tarian tradisional. Apa kelas dengan tarian pendet. Tak semengah langsung. Lagi satu pasal kes lagu Negaraku. Tu pun depa tak puas hati jugak. Kononnya lagu tu lagu 'Terang Bulan' le pulak haiii....
Tapi yang membuatkan aku menyampah tu bila depa suruh bagi gaji RM800 pada AMAH negaranya. UUUiiiiiii........ kayanya orang malaysia ni sampai maid pun kena bayar lapan ratus hinggit sebulan. Nasib baik tak dikuatkuasakan lagi. Dahlah depa mintak cuti, kita turutkan. Sekarang ni depa mintak RM600 pulak kalu nak sambung perkhidmatan maid yang sedia ada. Aku sebenarnya kat umah memang tak guna maid indon pun. Semua kena uruskan sendiri. Cumanya aku membayangkan ramailah maid yang sedia ada naik tocang kalu dengar berita ni. Bagus sangat ke perkhidmatan mereka. Yang biasa aku dengar dari teman-teman banyak masalah dengan maid indon ni. Banyak yang tak pandai buat kerja pun. Sebagai manusia memanglah kita kena menghargai mereka yang telah menolong kita tapi kalu asyik buat kerja tak betul memanglah naik angin para majikan. Bayangkan jika mereka bekerja dirumah para menteri indonesia dinegara mereka sendiri, adakah pendapatan mereka tu menyamai dengan apa yang dibayar oleh warga malaysia? Mungkin tidak. Sebab tu aku rasa dorang tu mengada-ngada nak mintak gaji lebih. Dahlah kos nak berurusan dengan ejen ni makan ribu riban. Daripada bagi gaji 800 tu pada maid lebih baik para suami sedekahkan kepada para isteri je. Lagi berkat. Aku rasa orang indon yang kerja kilang kat Malaysia sekarang ni pun payah nak dapat gaji banyak tu. Apa kata kalu kerajaan Malaysia buka peluang pula pada warga Thailand ke? Kemboja ke? Bukankah ada sebahagian warganya yang beragama Islam. Tentu tak jadi masalah jika nak bekerja dirumah orang Islam juga.
Baca pula laporan MalaysiaKini ada pulak kutu indon yang tak faham bahasa nak buat road block kat tengah jalan nak tahan rakyat malaysia siap dengan buluh runcing. Entah semangat apa yang merasuk mereka. Aku rasa media di Indonesia sengaja cuba melaga-lagakan hubungan baik antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Indonesia. Makanya sudah pasti ada rakyat negara mereka merasakan bahawa Malaysia selalu menyusahkan rakyatnya. Contoh macam kes anak raja kelantan yang beristerikan model indon tu. Masalah rumahtangga dijadikan masalah negara.
Aku amat berharap agar kerajaan 1 Malaysia ni tak bagi muka sangat pada pemimpin Indonesia yang tak faham bahasa. Ada la segelintir pemimpin sana yang lebih nak cari glamour je tu. Dan tak perlulah kita layan isu-isu sampah yang dikecohkan oleh warganya.

Gulai Kuning punya cerita

Hari Sabtu yang lepas aku & cik Abang pergi ke Pasar PJ. Nampak le ada orang jual Ikan Sembilang. Cik Abang beli 2 ekor. Dia minta aku masak 'gulai kuning'. Okeylah. So, pada pendapat aku gulai kuning tu mestilah gulai lemak cili api kan.... tapi cik abang tak benarkan aku letak daun kunyit. Katanya letak daun kaduk. Emmmm, tak pernah le pulak aku makan masak lemak campur daun kaduk.
Cik Abang kata dia teringat masakan neneknya. Neneknya akan masak ikan sembilang atau ikan keli dengan gulai kuning ni. Petang tu aku pun beriya-iya lah memasak gulai kuning sebagaimana permintaan suami. Tapi kan, dengan daun kaduk dalam gulai tu membuatkan hidung aku tak tahan dengan baunya. Busuk semacam je. Bau macam ubat gegat pun ada. Heeee......heee....
Alih-alih setelah siap resepi tu dan bila masa berbuka, cik Abang cakap rasa dia tak sama macam nenek dia masak. HAH??? Pas tu dia cakap gulai yang nenek dia masak taklah kuning sangat macam ni. Aikk... aku terlebih letak kunyit hidup ke? Dah kata gulai kuning, mestilah masak lemak cili padi kan. Iskh!.... musykil aku. Walau macam mana pun, dia habiskan jugak le ikan tu. Sebabnya aku sendiri rasa tak berapa lalu nak telan disebabkan bau daun kaduk tulah...
Hari ni, aku telefon makcik suami aku tanyakan betul ke gulai kuning cara yang aku masak hari sabtu tu. Guest What? Ha....ha.....ha...... rupanya gulai kuning yang dimaksudkan cik abang aku tu memang bukan masak lemak cili padi punnnn. Resepi yang makciknya bagi 100% tak sama dengan masak lemak cili padi.
Huk Alah...... dan berbelas tahun kawin dengan orang ganu ni tak pass masak lagi aku rupanya. Nak buat camna, lain negeri lain pula cara masakannya kan. Bahan-bahan untuk 'gulai kuning' ala t'ganu ni seperti berikut:-
Ketumbar 1 sudu kecil (ditumbuk halus)
kunyit hidup ]
lengkuas ] dlm 1/2 inci
halia ]
bawang putih - 1 ulas je
bawang merah - 2 atau 3 ulas
cili kering - 3, 4 biji ****** Kesemua bahan ditumbuk
asam keping
santan
Cara masak? lebih kurang sama gak le macam masak lemak biasa tu...
nampak gayanya disatu hari lain yang indah pula kita masak gulai kuning ni ye cik abang.....

Politik Perak yang haru.....

Apa dah jadi weh? Ada yang kena tangkap pulak dah..... ni apa heinya? Adoilah....politik perak makin berserabut. Dulu rakyat memekak minta piliharaya semula, kome buat nohen. Kan ke senang kalau buat pilihanraya semula. Tak de le sampai berpuak-puak rakyat perak dan jadi pening kepala dengan politik yang dah macam carca marba ni.



Pakatan yang dok mesyuarat kat hotel tu, masih sah laku lagi ke segala pembentangan dan hujah? Ada ke kerajaan 1 Malaya ni ambik peduli? Tergugatkah Zambry dengan cubaan ADUN Pakatan yang nak bersidang tu? Iskh!..Iskh!
MCA - Bila ada antara ahlinya tak puas hati dengan Presiden parti, mereka sanggup cadangkan untuk diadakan EGM untuk tindakan susulan.



UMNO - Ada ke ahlinya yang berani nak bersuara & berprotes bila tak puas hati dengan Presiden depa? Kalu bersuara pun setakat sok-sek belakang pintu ajelah....... depan, siap salam cium tangan tu.....
Wartawan pun kalau dapat tahu ada ahli UMNO yang tak puas hati dengan prestasi Presiden, tak akan tulis dalam akhbar depa. Silap haribulan diri sendiri yang terkena tempiasnya.

Kenangan Family Day di Pulai Spring

Pada 14, 15 & 16/08/2009 yang lalu company tempat aku cari makan ni anjurkan family day di Pulai Spring, Johor. Tempat tu memang cantik dengan landskap padang golf yang menjadikan pemandangannya sungguh menarik. Kita orang ditempatkan di Cinta Ayu All Suites Hotel. Rasanya kesemua bilik kat situ kali ni dipenuhi oleh staff & keluarga memasing.




Makan malam pada 14hb tu kira okeylah.... cuma yang tak syoknya ketam, udang & sotong yang dihidang semua tak segar. Tak lalu nak makan. Takut sakit perut. Menu lain boleh tahan. Alya suka sangat makan daging kambing bakar dengan sos lada hitam. Ammar pula sampai dua kali makan cendol + ais krim. Aqillah sukakan sup cendawannya sampai 2,3 kali dok mengulang. Oleh kerana penat aku tak tunggu lama kat tempat makan tu terus naik ke bilik.




Pagi 15hb ada acara games untuk anak-anak & juga orang dewasa. Huhu....sedihnya kali ni aku tak boleh join. Jadi pemerhati bebas jelah.... pagi tu hujan walaupun tak lebat mana. Seronok tengok kawan-kawan enjoy masa ni.






Bersempena dengan 1 Malaysia, tshirt kitaorang & kanak-kanak pun ada huruf satu gak. He..he.. nak menunjukkan yang kitaorang semua 1 bumbung, 1 kumpulan. Agaknyalah....... tapi yang paling best tu sebab warna dia "HIJAU & PUTIH" macam sama je dengan warna satu bendera tu kan..kan..kan...





Yang ni gambar anak Finie. Aku suka tengok dia. Besar nanti mesti hensem budak ni. Habislah ko finn, mesti ramai anak dara yang cuba mengurat dia bila besar nanti. Ahaks!...





Petang tu selepas makan tengahari kami dijamukan dengan pesta buah-buahan tempatan. Syoknya makan buah free. Tapi banyak mana yang boleh di isi ke dalam perut walaupun 2 lori buah didatangkan khas untuk kami.




Paling kelakar bila ada buah durian yang tak masak. Jenuh nak membukanya. Bila diperhatikan, la...tangkai buah macam kena potong je. Sah-sah ni durian untuk diperam, bukan jatuh sendiri dari pokok. Durian & manggis tak dibenarkan bawa ke bilik oleh pengurusan hotel. So, makan aje puas-puas kat situ.



Dinner malam tu kami dihiburkan dengan Salleh Yaacob. Cuma yang membosankan tu sebelum Salleh Yaacob ambil alih pentas, ada penari-penari yang berpakaian 'tak semengah' dok menari atas pentas. Seksinya..... yang ni ramai yang komplen pada committee tak puas hati. Begitu juga halnya dengan Elly Mazlien. Ramai yang tak berapa berkenan dengan cara persembahan dia tu.


Secara keseluruhan, makanan untuk family retreat kali ini biasa-biasa je. Ingatkan ada le laksa johor ataupun nasi briyani gam ke. Hmmm.... sepatutnya letaklah menu tradisi Johor, baru lah bermakna pergi ke Johor. Macam mana pun, aku tetap menghargai committee yang berpenat lelah bekerja untuk menjayakan program ini. Kalu ada sesiapa yang tak berpuas hati, tahun depan korang pulak jadi commitee members. Nak??

Nasi Kerabu Version Mak aku...

Aku baru je terima call daripada Che Abu yang sengaja menelefon dan memberitahu yang mak aku kat kampung tengah prepare untuk buat Nasi Kerabu untuk juadah berbuka nanti. Lepas tu Che Abu meracun fikiran aku supaya balik kg. Macam mana nak balik? hari ni kerja. Pulak tu bukannya dekat. Sabor ajelah hai... Terus teringat Nasi Kerabu mak yang penuh dengan ulam-ulaman dan dimakan bersama dengan ikan masin tenggiri jeruk. Sedappppppnyaa.... Waaaa........
rasa macam nak makan jugak. Tak boleh jadi ni, nampak gayanya aku kena balik kampung gak masa cuti merdeka nanti dan pujuk mak buat nasi kerabu khas untuk aku. He..he...

Buat nasi kerabu ni senang je. Yang leceh tu nak cari daun ulamnya aje. Biasanya mak akan guna daun mengkudu, daun kaduk, daun lemundi, serai, daun pegaga dan berbagai jenis daun lagi yang dimayang halus. Ikan masin tu digoreng kemudian hancurkan isinya. Bila nak makan gaulkan nasi yang masih panas berasap tu dengan segala ulaman yang telah dihiris dan juga isi ikan masin yang dihancurkan. Tak perlu tambah garam sebab ikan masin tu dah masin. Biasanya kitaorang akan makan nasi ulam ni dengan sambal belacan. Sedap wooo..... cubalah buat. Tapi, kat KL ni mana nak cari ulam kampung macam tu? Payah le kan. Kat kampung je senang nak dapat daun ulam.
Nasi Kerabu Perak ni memang tak sama dengan Nasi Kerabu Trengganu yang warna biru tu. Sebab tu masa mula-mula kawin dulu, tekak aku tak boleh nak terima nasi kerabu yang warna biru tu. He..he... sekarang kira okeylah.....tapi tak setanding dengan nasi kerabu yang mak aku buat.
Tengah dok fikir nak masak apa pula untuk buka puasa petang nanti. Semalam sebagai juadah pemanis aku masak bubur bali je campur dengan sagu. Menu untuk hari ni tak tau lagi. Silap haribulan aku main tunjuk-tunjuk kat bazar ramadhan jelah. Senang cerita.

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan
Maaf Zahir dan Batin

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina
Masa kecik-kecik dulu selalu dengar satu lagu nasyid berkaitan dengan Ramadhan. Tapi tak ingatlah pulak apa nama kumpulan nasyid tu. Antara bait-bait lagu nasyid tu macam ni....
'Ramadhan bulan yang suci
limpah kurnia padamu Ilahi
banyakkan amal dibulan ini
(alamak....tak ingat pulok dah...) he..he...
Rindu nak dengar lagu nasyid dulu-dulu.

N11 - Yang mana satu calon pilihan hati?

Minggu depan dah nak puasa. You all rasa kempen kali ni suam-suam kuku atau hangat mengelegak? Perh!.... entah-entah ramai juga yang tak berapa nak peduli siapa calon PAS dan siapa calon BN. Dan lepas ni ramai yang mula sakit gastrik selain dapat H1N1. Harap-harap semasa berkempen kali ini lebih 'sayangkan mulut' maklum bulan puasa. Tutur kata kena jaga karang pahala lari siapa pulak nak tolong kejar. He..he...he...
Terbaca kenyataan Muhyiddin yang berkata bagi pihak BN "inilah calon terbaik mereka" (???)
Iskh! aku peliklah........bagaimana seseorang yang telah disahkan oleh Majlis Peguam mempunyai kesalahan yang berkaitan dengan 'akaun pelanggan' boleh terpilih sebagai calon untuk menjadi wakil rakyat. Amanahkah dia nanti dengan duit rakyat pula?
Mungkin agaknya ramai orang UMNO dan BN sendiri berfikiran positif yang calon mereka telah berubah sikap. Ya.....memang betul, manusia boleh berubah. Mungkin dulu-dulu je dia gelap mata dengan 'client account' ni. Sekarang tidak lagi.
Apa pun, kepada para penyokong PAS dan juga BN selamat berkempen untuk calon pilihan hati korang.

Soalan Alya yang membuatkan aku terkedu...

Alya bertanyakan satu soalan yang membuatkan aku terkedu sekejap. Dengan reaksi dia yang geleng-geleng kepala dan dengan muka yang nampak macam pelik sangat....

"Mama, kenapa Rasulullah SAW berkahwin dengan Aisyah yang umur dia baru 9 tahun? Darjah 3 tu? Mak dengan Abah dia tak marah ke?"


Alahai...., tak ku sangka-sangka keluar pertanyaan yang sebegitu daripada Alya.


"Alya, walaupun Aisyah berkahwin ketika baru berumur 9 tahun, tetapi dia tak tinggal sekali dengan Rasulullah SAW. Sehingga tempoh tertentu barulah mereka tinggal bersama. Lagipun bapa Aisyah itu kan salah seorang sahabat Rasulullah SAW sendiri".


"Habis tu Abah dia tak marah dia kawin? Dia tak payah pergi sekolah ke?" Alya bertanya lagi dengan muka yang nampak macam blur je.


Alahai........ susah juga nak diterangkan pada budak kecik ni. Macam-macam soalan yang keluar dari mulutnya. Risau juga aku kalau-kalau salah bagi penerangan nanti. Tapi Alya nampaknya macam tidak berpuas hati dengan jawapan-jawapan yang aku berikan. Baginya orang dewasa je yang perlu kawin. Budak-budak kena pergi sekolah. Emmm..... akhirnya aku minta Alya berjumpa dengan ustazah kat sekolah agama dia kalau dia tak puas hati dengan jawapan yang ku berikan.
Malam semalam dia tidak lagi bertanya tentang perkara ini. Mungkin ustazahnya dan terangkan dengan panjang lebar kut.....tak pulak aku tanya sama ada dia dah jumpa ustazah ke belum. Bayangkan naluri kanak-kanak yang ingin tahu serba-serbi dan kita sebagai orang yang lebih dewasa jika salah memberi penerangan kepada mereka, apa yang akan terjadi??

MANIK URAI - Manik PAS makin terlerai?

Pagi-pagi hari aku ditanyakan oleh kengkawan kenapa PAS menang tipis. Majoriti 65 je.....?
Nak buat macam mana mungkin ada lah sebab-sebabnya tu. Apa pun tahniah kepada PAS Kelantan kerana berjaya mengekalkan kerusi ADUN berkenaan.
Secara peribadi, aku lihat kempen di Manik Urai tidak sehangat semasa kempen piliharaya di Bukit Gantang dahulu. Mungkin orang-orang PAS terlalu yakin yang mereka akan menang besar kali ini. Atau pun mungkin juga BN telah melakukan satu reformasi kempen yang berkesan? Ha...ha... boleh percaya ke?
Namun PAS Kelantan harus mengambil iktibar yang sewajarnya dengan pengurangan undi kali ini. Mungkin juga khabar-khabar angin yang mengatakan PAS mengalami masalah dalaman sedikit sebanyak memberi kesan kepada piliharaya tersebut.
Apapun laungan TAKBIR!! tetap bergema untuk PAS.....

Sensitif???

Ramai orang kata bila perempuan mengandung, perempuan tu akan cepat sensitif. Mood selalu bertukar..... Ye ke? Dah ada kajian secara saintifik ke pasal perkara ni? Aku rasa mood aku semasa mengandung kali ni macam biasa je. Bab-bab terasa hati, rasa-rasanya semua orang akan mengalami perasaan yang macam tu bergantung kepada apa isunya lah kan...



Bila mengandung ni, kita masih kerja seperti biasa, buat rutin harian yang selalu kita lakukan semasa sebelum mengandung juga. Tak adalah pulak yang istimewanya.....kecuali kita jaga pemakanan kita untuk perkembangan bayi yang sihat di dalam kandungan. Kandungan aku dah nak masuk 5 bulan dan makin aktif bergerak kat dalam. Cuma apa yang aku rasa, akhir-akhir ni aku agak penat bila malam hari. Nak berehat sangat tu tak cukup masa pulak nak buat kerja-kerja rumah.




Semasa mengandungkan Ammar dulu cik Abang suka memancing........aku pun terikut-ikut hobinya tu. Sanggup dengan perut yang terboyot dan Aqillah yang masih kecil ku bawa bersama ikut suami memancing. Bila diingat semula rasa kelakar pun ada. Sekarang, mengandung kali ini suami asyik dengan hobi baru pulak. Pantang ada masa terluang nak pukul bola aje kerjanya. Paling bosan kalu dia nak tee off pagi-pagi hari terutama hari bekerja. Terpaksalah pergi kerja sendiri. Tu yang tak berapa nak syok tu..........he...he.. kadang-kadang dalam rumah pun asyik nak pukul bola. Sama je dengan si Ammar, dia pun sibuk gak nak pukul bola. Mentang-mentang lah abahnya dah belikan satu kayu khas untuk dia.

[ gambar yang di ciluk dari laman sesawang mana ntah.... tak ingat plak ]

Ada ketikanya, aku tension gak tengok dua beranak ni pukul bola kat rumah. Tolong aku kemas rumah lagi bagus kan..kan..kan... {he..he... ni nak bagi hint kat cik Abang sebenarnya..} Daripada buang masa pukul bola tu, baik buat pahala tolong bereskan kerja rumah. Kalu nak buat muncung riben panjang semeter pun, tak jalan punya.... luahkan perasaan dalam blog ni lagi berkesan.....wah..kah..kah....


Hari ni aku jumpa doktor dan scan perut. Dah nampak dah jantina apa baby kat dalam ni.... he..he.. he... sepertimana jangkaan ramai kengkawan, teori korang tu betul lah.... Asalkan baby kat dalam ni sihat, aku dah cukup gembira.

Cerita Alya dan matanya

Semalam aku membawa Alya berjumpa dengan doctor pakar mata di hospital KL. Dari pagi hingga hampir pukul 3 petang aku menemani dia disana. Kali ini terasa lama pulak alya dibilik rawatan bernombor 14 itu untuk ujian tahap penglihatan dia. Sejam lebih hanya untuk memeriksa matanya dan berbagai alatan ujian digunakan. Selepas itu barulah berjumpa dengan doktor pula.


Aku juga ditanya soalan semasa melahirkan Alya dulu sama ada dia lemas atau tidak. Dan berbagai soalan lain. Selama ini aku cuma tahu yang mata anak daraku itu juling disebelah mata kiri. Tak pulak ku sangka yang mata kanannya juga menghadapi masalah.
Rupanya setelah sekian lama latihan mata yang dibuat oleh aku untuk Alya pada setiap hari atas nasihat doktor dulu menunjukkan yang bola mata kanan Alya tidak boleh bergerak terlalu ke kanan sangat. Dan mata kanannya itu hanya mempunyai jarak penglihatan yang terhad pada sebelah kanan. Ini disebabkan oleh urat mata yang menghantar isyarat ke otak. Entahlah……, aku pun tak berapa nak faham dengan bahasa perubatan ni.


Alya juga mempunyai masalah bila menggunakan kedua-dua matanya untuk memfokus pada sesuatu objek pada jarak yang jauh, objek tersebut akan kelihatan 2. Namun jika pada jarak yang agak dekat dia mampu pula melihat objek berkenaan menjadi satu. Menurut Alya dia sukar untuk menjadikan sesuatu objek itu kelihatan satu. Jika dia memaksa mata kanannya untuk melihat sudut kanan tanpa memalingkan muka dia akan merasa sakit kepala. Kasihan sungguh anak ku. Sekarang ini jika tidak memakai cermin mata dia merasa tidak selesa. Power cermin mata dia pun tinggi mengalahkan orang dewasa. 400++ dan juga 300++ Katanya semasa proses pembelajaran disekolah dia banyak menggunakan mata kiri supaya tulisan guru dapat difokus menjadi satu.


Menurut doktor buat masa ini mata Alya tidak perlu dibedah. Doktor akan melakukan pemantauan dulu dan aku dinasihatkan supaya terus memastikan Alya membuat latihan mata selama 2 jam pada setiap hari. Alahai……, dengar bab nak bedah mata tu pun dah buat Alya kecut perut. Menurut kata doktor jika kecacatan bola mata kanan itu semulajadi sejak lahir, ianya dikira sebagai kecacatan kekal. Namun jika ianya disebabkan oleh perkara lain, maka pembedahan adalah jalan keluar untuk masalah tersebut.


Ada juga beberapa teman menasihatkan aku untuk membawa Alya mendapatkan rawatan ditempat lain untuk mendapatkan pendapat kedua. Nantilah akan kufikirkan dan berbincang dengan suami mengenai perkara ini.

Pie dan Epik kena samun

Adik Iparku dan seorang sepupu diberitakan dalam perjalanan daripada Hospital Serdang menuju ke Ukay Perdana dan singgah di stesen Petronas Jelatek untuk mengisi minyak pada malam minggu yang lalu. Setelah selesai urusan distesen minyak berkenaan dan dalam perjalanan seterusnya, mereka ditahan oleh sebuah lori dan kelihatan 3 orang lelaki melayu berumur dalam lingkungan 30an keluar dari lori tersebut menghampiri mereka dan mengarahkan mereka untuk menyerahkan dompet serta telefon bimbit.


Berasa berang dengan ugutan itu, adik sepupu suamiku cuba melawan perompak berkenaan. Namun bila perompak tersebut mengeluarkan parang dan cuba untuk mencederakan mereka berdua, akhirnya mereka terpaksa menyerahkan dompet dan juga telefon bimbit mereka. Perompak berkenaan juga membawa lari kereta adik iparku.


Sekarang adik iparku dan beberapa rakan sedang cuba untuk menjejaki kereta miliknya.


Betapa nilai kemanusiaan telah makin hilang kini. Cabaran hidup dan masalah kewangan kadang-kadang membuatkan manusia hilang pertimbangan. Tidak lagi berpaksi pada hukum halal & haram, asal tembolok terisi dan nafsu dituruti, hanya memikirkan kepentingan sendiri.


Jika persoalan kenapa manusia sanggup merompak dilontarkan kepada umum, sudah tentulah berbagai jawapan yang akan kita terima. Sebenarnya tiada jalan mudah untuk mencari kesenangan.


Kesenangan hidup yang diperolehi dengan jalan yang lurus akan lebih diberkati oleh Allah swt.

Syoknya Cuti.....

Iskh…iskh…lama sungguh tidak menjengok ke laman sendiri. Nasib baik tak tumbuh lalang kat sini. Awal cuti persekolahan dulu aku sempat juga menghadiri majlis perkahwinan seorang teman yang gilang-gemilang di Kota Bharu. Dan suami pula mengambil kesempatan untuk mencari kawan-kawan lama di beberapa tempat disana.
Dah rasa macam program jejak kasih le plak. Nasib baik gak dia cuma cari kawan lelaki je. He…he….he…


Dah terlanjur dipantai timur tu, terus le singgah di rumah mertua sekali. He..he… seronok sungguh dapat berendam dalam air laut kat belakang rumah mertua. Anak-anak memang seronok dapat balik kampong. Lepas tu rasa berat je nak balik KL semula. Alahai….





Sambung kerja untuk beberapa hari, aku dan anak-anak mengambil kesempatan mengikut suami ke Cameron Highland. Dia dan kengkawan yang lain nak main golf kat sana. Ada mini tournament katanya. Aku dan anak-anak pun ikut jugak le untuk berehat ditanah tinggi tu. Dia sibuk pukul bola kat sana, aku dan anak-anak pukul angin….kah..kah..kah..
Lagipun dah bertahun lamanya aku tak kesana.



Bercuti di Cameron Highland tidaklah sesejuk seperti zaman dulu-dulu. Mungkin kerana cuaca kat Malaysia sekarang ni agak panas. Atau mungkin juga tanah tinggi itu dah semakin gondol sebagaimana lapuran yang selau kita dengar di kaca TV. Pekan Brinchang nampak sesak dengan bangunan dan juga orangnya. Cuti Sekolah, ramai sungguh yang datang bercuti ke sini. Harga sayuran yang dijual pula tidaklah semurah mana. Lagi murah kalau dibeli di pasar malam sekitar KL ni. Harga makanan pun boleh tahan juga. Lebih kurang sama je macam duduk kat KL. Bagi yang berhajat untuk datang bercuti di sini, tempat tinggal rasanya tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak hotel dan juga apartment untuk disewa.

Ikut Komer Le...

Ikut komer le
Ate kalau nak posa sunat pun posalah
Kalau tak hingin pun
Tak apelah….
Teman bukan boleh hempuk mike
Ini bukan posa bulan ramadhan



Ikut komer le
Kalau nak sokong parti zambry pun sokonglah
Teman faham mike orang meniaga
Zaman gawat nak cari makan
Susah bebenor rupenyer



Ikut komer le
Nak jadi lalang ke hape
Masa Nizar menang
Kemain komer semua suka
Ate ngape sekarang tak gemor pula
Ohhh….gara-gara tanah rupanya.



Ate orang kat pejabat tanah dan suk tu buat apa
Ngape deme tak buat kerja?
Sebab boss tak tentu hala duduk kat mana
Semua kerja main tangguh-tangguh je



Ikut komer le
Nak undi siapa bila tiba piliharaya
Teman Cuma boleh tolong kempen je
Kut-kut le mike berubah hati
Pangkah le Bulan yang terang benderang
Supaya hati yang gelap jadi terang
Aku nak ucapkan tahniah pada kengkawan yang naik pangkat dan juga yang dapat naik gaji terlebih banyak bulan ni. Ada yang naik setangga. Ada juga yang lompat naik dua tiga tangga. Itulah rezeki mereka namanya. Aku taklah rasa dengki pun cuma terfikir mereka-mereka yang banyak sangat MC pun boleh naik? Rasa pelik juga sebab ingatkan sebelum ni HR ada bagitau semua tu akan memberi kesan kepada sebarang kenaikan......
Aku? he..he... tetap le macam ni jugak. Terima kenaikan 3% lebih sikit di zaman ekonomi meleset ni dah dikira seribu rahmat dari Ilahi. Yelah, kalau tak dapat terus, lagilah sedih kan. Kepada kengkawan yang menerima % yang lebih kurang sama dengan aku, mari kita terus berdoa agar tahun depan kita terima lebih sikit dari tahun ni.
Finn, lepas ni ko kena beli kipas besar untuk kipas boss. Kalau setakat kipas cap ayam tak menjadi punya. He..he..he... jangan marah arr. Weii, lepas ni kita tunggu sapa yang nak buat kenduri makan-makan dulu kat ofis ni.
Untuk semua bacalah kata-kata kat bawah ni. Rasa cam kelakar pun ada... tapi kadang-kadang ada betulnya.
Difference between you and your boss
When you take a long time to finish,you are slow,
When your boss takes a long time to finish,he is thorough
When you don't do it,you are lazy,
When your boss does not do it,he is busy,
When you do something without being told,
you are trying to be smart,
When your boss does the same,
he takes the initiative,
When you please your boss,
you are apple polishing,
When your boss pleases his boss,
he is cooperating,
When you make a mistake,
you're an idiot.
When your boss makes a mistake,
he's only human.
When you are out of the office,
you are wandering around.
When your boss is out of the office,
he's on business.
When you are on a day off sick,
you are always sick.
When your boss is a day off sick,
he must be very ill.
When you apply for leave,
you must be going for an interview
When your boss applies for leave,
it's because he's overworked
When you do good,your boss never remembers,
When you do wrong,he never forgets (??)
Waaaaaa…..

Watikah buat Kekanda

Kehadapan Kekandaku Tun Mangkubumi Tanah Putih, 

Moga-moga takala ini Allah swt tetap memelihara iman kekanda walaupun kekanda berada jauh dari tanah kelahiran dan tiadalah pula datang gering pada kekanda. Adapun watikah ini dinda kirim dengan harapan agar kekanda dapat membacanya dengan mata hati dan tidak pula menjadi tuli. 

Ampunkan dinda jika ada tersalah bicara dalam sembah ini. Bukan niat dinda untuk menahan tawa gembira kanda disana. Sekadar memberi khabar bahawa Tanah Putih kita ini tidak lagi putih akan tetapi makin bertukar warna menjadi kelabu. Sepeninggalan kanda ke tanah seberang, telah banyak laku yang salah dan tak terperi kejinya dikerjakan oleh memanda-memanda dan juga para pembesar yang lain. 

Ketahuilah oleh kanda bahawa gegak gempita orang-orang bercerita tentang kelakuan buruk mereka. Dinda tiadalah upaya untuk menghukum tapi hati bernanah sakit serta bisa sekali dengan tersebarnya berita itu. Adapun yang paling hina kanda, kini ada dua orang pembesar bergelar diberitakan orang sedang beradu kekuasaan untuk menjadi ketua tanah jajahan timah. Masing-masing ada penyokongnya. Kedua mereka saling mengaku tanah jajahan timah milik mereka. Sedangkan salasilah keturunan Kekandalah yang lebih berhak memberi perintah pada tanah jajahan itu. 

Kedua pembesar bergelar sudahpun mengadap balai pengadilan, namun masih belum bertemu jalan yang benar. Telah berpecah pegangan hulubalang negeri, para sida dan bentara sekelian yang berada disingahsana kerajaan ini kanda. Masing-masing mengikut kata hati sendiri. Tiada lagi muafakatnya rakyat jelata. Sedangkan pembesar bergelar itu asalnya dipilih oleh rakyat semua. 

Bala apa yang menimpa tanah permainan kita ini kanda? Tiada gusarkah hati kekanda melihatnya? Pada hemat dinda adalah lebih baik diserahkan kepada rakyat yang ada untuk membuat keputusan siapa yang patut duduk menjadi pembesar bergelar agar kemudian hari tiadalah lagi boleh didakwa kerana itu pilihan mereka. 

Adinda memohon pengertian kekanda, agar bersetuju dengan bicara dinda ini. Dinda mohon agar kekanda dapat mengatur langkah pendekar agar rakyat merasa tenang serta tenteram dan jual beli dipasar juga dapat berjalan dengan sempurna. Moga-moga selepas ini ramailah orang akan bertandang dan merancakkan jualan ditanah kita. 

Biarlah tanah ini terkenal dengan baik budi rakyatnya, aman sentosa alam buananya, untung perniagaan pasarnya, bukanlah hanya kelakuan pembesar yang menjadi umpat dan nista. 

Akhir kalam, segeralah kanda pulang ke tanah kelahiran. Selain rindu dan dendam, biarlah kepulangan kekanda menjadi pedoman arah agar memanda yang ada tidak lagi terlebih pandai mengarah tanpa perintah dan usul periksa yang menyebabkan rakyat merasa derita. 

Dinda yang jauh dimata, 

Tun Melati Putih

Rezeki jadi luas kalau....

Aku terima satu email daripada kawan ku Azlina. Bagus sekali kalau kita berkongsi tentang kandungan email tersebut. Asyik cakap pasal politik je makin pening kepala jadinya.


Assalamualaikum ;

Teman dapat nie dari kawan kepada kawan ..kawan..kawan. .. teman ... moga kita dapat manfaat bersama.



S aya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: "Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"
S aya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.
P ernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.
T api kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka. "Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya.
(Surah al-Baqarah, ayat 272). Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish)." Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."
saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar memperingatkan sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa???. Sekadar utk berpesan. Semoga ada manfaat.







Agak-agak jadi ke tidak DUN Perak bubar??

Aku tertarik sungguh dengan artikel tulisan novelis terkenal 'Faisal Tehrani' didalam blognya tentang krisis di Perak ini. Antara tulisannya :-


1. Saya berpendapat dalam hal krisis di Perak hanya ada dua penyelesaian yang munasabah.


2. Pertama, bubarlah DUN dan kembalikan kepada yang berhak memilih untuk membentuk kerajaan iaitu: rakyat. Saya pernah menyatakan tidak bersetuju kepada 'aksi lompat untuk mendapat kuasa'. Saya juga menolak projek 16September yang bedebah (meskipun ada ulama di dalam PAS mendambainya); saya juga tidak dapat menerima projek menjatuhkan kerajaan di negeri Perak secara tidak bermoral.
Dengan pembubaran DUN, ia akan membuka gelanggang untuk permainan yang adil dan saksama. Jika ia tidak dilakukan, saya juga berpandangan parti pemerintah sekarang ini akan berdepan dengan pelbagai masalah di masa hadapan dan penggandaan tanggapan negatif yang sudah sedia menggunung. Parti pemerintah perlu menimbang pandangan rakyat yang amat skeptis sekarang. Jangan tambah beban yang sedia ada.


Bacalah dengan lebih lanjut di http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/05/krisis-perak-bubar-dun-atau-main-sama.html


Sudikah Sultan memberi perkenan untuk bubar DUN Perak?

Nizar masih MB yang sah. (Titik)

Aku sebenarnya tengah sibuk sesangat nak menjawap surat untuk sub-sale property ni. Tapi kan tangan ni gatai sangat nak berbloging juga. Semuanya kerana laporan Malaysia Kini - Nizar menteri besar sah Perak. Uuuiiiiii......lepas ni banyak blog & web pakatan rakyat akan penuh dengan komen pasal berita terhangat petang Isnin.



Nizar menteri besar sah Perak
May 11, 09 3:45pm
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.
Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.
Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.
Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.
Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.
Mari kita nyanyi lagu ini........

Kalau anda rasa gembira tepuk tangan (3x)
Kalau rasa gembira, beginilah caranya
kalau rasa gembira
tepuk tangan.
{klap.... klap.....}



Apa yang pasti BN tidak akan mudah menyerah kalah dengan mudah, agaknya sebelum Sultan perkenan untuk bubar DUN, mereka akan membuat rayuan pula..... apa-apa pun kita tunggu & lihat perkembangan politik Perak seterusnya.
Rakyat Perak perlu bersedia dengan piliharaya negeri jika DUN dibubarkan nanti. Dan keputusan selepas piliharaya harus diterima dengan redha oleh semua pihak. Bersediakah anak-anak Perak andai keputusan piliharaya nanti tidak sehaluan dengan hati...?
Lepas ni aku nak tunggu komen Che Det pula dalam isu ini.
MARI KITA BACA PULA BERITA TERBARU....
[12/05/09]
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah!
(Kan dah kata.............) Slogan 'Rakyat didahulukan' tu campak aje kat longkang. Kalau sungguh nak ikut slogan tu, patutnya setuju aje dengan cadangan Nizar untuk bubar DUN Perak dan buat piliharaya semula walaupun semestinya akan tergadai lagi wang ringgit. Entah-entah duit pun dah tak mandang ni.
Tanah Perak makin kelabu.
Pejabat SUK seolah berhantu
semuanya gara-gara tak bersatu
nak serah pada rakyat hati tak sebulu

Happy Mothers Day...

Aku baru terima satu email yang sungguh kelakar. Nak share juga dengan u all.


To all women, PLEASE READ THIS……..
Its’ normal when you are in year 20’s
You will look very
‘MENGANCAM’….
When you are 30’s
You begin to behave ‘
BERMACAM-MACAM’…
When you turn 40’s – 50’s
You feel
‘TERANCAM’…..
And sadly when you reach above 60’s
Orang lansung tak boleh ‘CAM’ (?)…..


Ha…ha…ha…. HAPPY MOTHER’S DAY



Biarlah gambar yang bercerita....












Gambar-gambar Drama sempena persidangan DUN Perak ini aku ciluk dari blog politik banjar dan juga dari laman Siasah Daily. Aku nak tabik spring pada Wak politik banjar atas usaha gigih dia melaporkan adengan dan juga babak drama yang sungguh menarik sepanjang pengambaran di Perak nun. Semoga penat lelah Wak akan dibalas dengan UNDI oleh rakyat Perak pada FRU13 nanti.
Dalam dok ralit nengok gambar-gambar tu aku terperasan dua perkara:-
1) Agaknya berat sangat badan si Siva ni sampai lebih 2 orang kena angkut dan seret dia keluar dewan....
2) Eh! apasal ada gak polis-polis yang berpakaian hitam didalam walaupun diluar tu ada 'jaket' kuning polis. Macam pelik le pulak...... Oooo.....agaknya polis-polis ni pun turut sama nak join program 'black malaysia'......tapi tak jadi ...... What everlah...

Beberapa hari ni aku tak punya masa untuk menulis didalam blog ini. Dengan faktor kesihatan yang tidak menentu serta tugasan yang yang menimbun, membataskan aku untuk menulis. Kadang-kadang sempat juga seminit dua menjengah blog-blog yang 'hangat' dipasaran.... he..he..
(yang tu masa tak de bintang-bintang kat kepala ni lah.....)



Hari ini ada juga masa terluang tapi asyik dok melawat blog pakatan rakyat yang berkisar tentang sidang DUN di Perak. Iskh! Iskh! Haru betul sidang DUN kali ini. Betul-betul boleh jadi siri 'Hari ini dalam sejarah...' Terdetik dalam hati, risau juga kalau kecoh sangat takut nanti ada pengumuman darurat pula. Lagi le haru.... Apa pun tunggu berita malam nanti.


Esok entah apa pula ceritanya. Dengar cerita pentadbiran beberapa agensi di Perak pun makin kelam kabut sebab banyak sangat 'Boss'.... susah depa nak buat kerja. Yang kena tukar, dan ditukarkan tempat kerja pun ada yang tak puas hati juga. Entahlah..... kita kat KL ni cuma dengar luahan je yang merananya siapa????



Apa Nak Jadi?

Apa nak jadi
Dengan urus tadbir Pie Em ini
Kuasa belum seratus hari
Berbagai cerita timbul sana sini


Apa nak jadi
Pada tanah timur ni
Semua kena mengaku berjanji
Jika tidak tak aman ke negeri


Apa nak jadi
Nak lelong pula si camry
Awat yang rasa sakit hati
Bukannya nak guna duit sampai berlori


Apa nak jadi
Penanti bukan kawasan mati
Tapi kenapa Be End tak berani
Belum berperang dah kalah lagi


Apa nak jadi
Mana perjuangan melayukan ekonomi
30 percen pun dah hilang tak tercari

Sabarlah hati……….

Resepi Kek Kukus Prune

Salam pagi semua.... pagi ni aku rasa ceria sikit sebab selalunya time-time macam ni aku dah mula rasa pening-pening. Setakat ni ok pulak, belum lagi rasa pening. Seronoknya. Sebagaimana yang dah dijanji tempohari, kat bawah ni ada resepi Kek Kukus Prune yang sedap tu.
Tapi kan, aku sendiri pun belum cuba lagi resepi ni cuma dah merasa makan je. Buat masa ni aku belum berselera lagi nak buat kek sendiri. Tunggulah bila tiba masa yang sesuai.



250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri
½ cawan gula putih
½ cawan gula perang
¼ tin susu pekat manis
20 biji prune (dikisar dengan sedikit air)
5 biji prune dihiris kasar
5 biji telur



Cara-caranya:-


Didihkan air dalam pengukus
Putarkan butter, gula & susu hingga sebati
Masukkan telur satu persatu
Masukkan prune yang telah dikisar
Masukkan tepung sedikit demi sedikit
Akhir sekali masukkan prune yang dihiris
Dan kacau adunan dengan senduk pun dah ok
Pas tu apa lagi… gris kan loyang dengan butter dan kukus selama 1 ½ jam


[Pesanan daripada teman aku tu, kalau nak lagi sedap guna prune jenama sun sweet]


Selamat mencuba.
Anak
Anugerah Tuhan
Untuk kita didik menjadi insan
Bukan sekadar sebagai hiasan



Anak
Begitu tinggi harapan ibu ayah
Supaya dewasa berdiri gagah
Dengan ilmu serta ibadah



Anak
Jangan sekali kau lupa jasa ibu ayah
Yang membesarkan mu dengan lelah
Bersama doa-doa kesejahteraan
Agar hidup mu nanti sentiasa dibawah rahmat Tuhan


~Aishah Jamal~
Kuala Lumpur



**** Tahniah kepada Nafastari & MawarNafastari kerana telah bergelar Ibu & Ayah.
**** Tahniah juga kepada WS Zuriati kerana telah memperolehi cahayamata ketiga.

Aqillah yang teringin makan Roti....

Ini antara perbualan aku dengan Aqillah malam tadi.

“Mama, kenapa mama dah lama tak buat Roti?”
“Asyik beli je. Mama buatlah malam ni…”

Aku pun menjawap :

“Alah…yong, lain kali ajelah mama buat. Tepong untuk buat Roti tu dah habis.”

Dengan muka frust Aqillah kata “Okey….”


Dulu, aku memang le rajin buat roti sendiri. Lepas tu letak macam-macam inti. Kadang-kadang buat berbagai bentuk dan rupa. Cepat je habis kena bedal dengan anak-anak.
Untuk 2, 3 bulan akan datang ni….. minta maaf le tak larat aku nak buat roti tu. Rasa cam malas je. Kalau paksa gak mau aku tergolek depan Oven tu karang. He..he..he…
Kesian kat anak-anak aku 2, 3 menjak ni asyik breakfast roti kedai je… nak masak menu lain aku rasa tak larat. Menghadap singki yang penuh dengan pinggan mangkuk tu pun kadang-kadang aku rasa macam nak termuntah. Ini kan pula nak masak macam-macam.
Layan katil lagi best……


Aku terima beberapa potong kek prune semalam daripada seorang teman. Katanya sempena menyambut kemenangan PAS dibukit Gantang. Hi...hi...hi.... kelakar betul dengan gurauannya. Sekarang ni aku tengah nak membodek dia untuk dapatkan resepi kek tu. Sedap sangat……. Kalau aku berjaya dapatkan resepi tu nanti, aku akan kongsikan dengan korang semua yang sudi bertandang kat blog aku ni.


Pagi ini pagi yang ceria kepada para penyokong PR. Seronok sungguh mereka sembang-sembang pasal kemenangan semalam. Ada yang beri komen tentang salah satu sebab kekalahan BN ialah kerana sibuknya bekas PM Tun Mahadhir datang berkempen. Uuiiiii…., ingatkan ada orang yang suka. Rupanya ramai yang menyampah! Nasib le kan….. lagi banyak percakapan yang keluar daripada mulut Tun Mahadhir, lagi banyak orang sok-sek kutuk dia.



Sekarang kita tengok pula barisan kabinet baru yang akan diperkenalkan oleh PM baru kita. Siapa yang masih kekal dan siapa pula yang terkeluar daripada barisan kepimpinan kerajaan. Dan sesuatu yang pasti Dato’ Najib dan para menteri yang dilantik akan menghadapi situasi sukar untuk memenangi semula hati rakyat Malaysia yang semakin tidak dapat menerima UMNO dan sekutunya. Dan mereka-mereka yang kelihatan begitu rapat dengan orang-orang tertentu dalam barisan kepimpinan bolehkah dipercayai akan setianya kepada parti kerajaan. Mungkinkah hanya bersikap ‘ada udang sebalik batu’? Atau masihkah ramai yang kaki ampu dan kerjanya hanya membodek menteri sahaja? Kita tunggu dan lihat perkembangan politik Malaysia.



Secara peribadi apa yang aku harapkan daripada PM baru ialah satunya tentang isu PPSMI. Aku berharap sangat yang Dato’ Najib sepupu Dato’ Hishammudin ini akan buka mata seluas-luasnya tentang isu tersebut. Jangan hanya melihat keputusan peperiksaan pada sekolah-sekolah dibandar. Lihat dan halusilah akan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar diluar bandar. Sayangilah masa depan anak-anak orang Melayu kita. Sayangilah bahasa ibunda kita. Jika betul ingin mempertingkatkan bahasa inggeris, berilah pilihan pada pelajar untuk mempelajari sastera inggeris. Jangan pula korbankan matapelajaran sains dan matematik itu pula.



Yang keduanya, aku harapkan Dato’ Najib dapat menangani isu ekonomi negara yang semakin tidak menentu. Bila ekonomi negara dalam keadaan gawat, kesannya amatlah ketara pada rakyat. Suka atau tidak wang ringgit akan mempengaruhi emosi dan motivasi kerja kebanyakkan orang. Faktor wang ringgit juga kadangkala boleh membawa kepada isu-isu jenayah. Bila kehidupan rakyat semakin susah ada kemungkinan kes jenayah juga akan meningkat. Dato’ Najib harus memikirkan perkara ini dengan lebih berhemah. Janganlah pula nanti hanya saluran tertentu sahaja yang mendapat imbuhan ekonomi. Peluang haruslah diberikan secara terbuka dan samarata.



Dato’ Najib baru menjadi PM hanya beberapa hari. Kita beri peluang kepadanya untuk membuktikan bahawa dia layak untuk memegang title ‘PM’ itu……… Jika rentak dia salah, dah tentu ramai pihak yang akan membantah.

Siapa pengundi hantu itu??






Siapa mereka? Adakah mereka yang dikatakan sebagai pengundi hantu? Gambar ini aku cilok daripada http://politikbanjar.blogspot.com Baca berita terkini tentang apa yang berlaku di Bukit Gantang dalam blog tersebut.
Aku baru je selesai berborak dengan salah seorang Puteri UMNO yang ikut serta dalam 4 buah bas yang dikatakan ditahan di Trong. Usik-usik dia.....dan bertanya adakah dia salah seorang pengundi hantu tersebut? Keh.....keh....keh...... bersemangat betul adik puteri ni. Katanya "dia & the geng datang dari Ipoh sebagai pasukan sorak untuk BN bukan sebagai pengundi hantu" Ha..ha...ha... suka sungguh aku menyakat dia.
Lepas tu ada ke patut dia kata PAS yang datang sebagai pengundi hantu dari Trengganu nun. Aku jelaskan pada adik puteri itu bahawa kebanyakan orang parti bulan datang sebagai sukarelawan tanpa ditawarkan imbuhan wang. Kalau ada yang sudi menaja itu rezeki. Tak sama langsung dengan parti keris, kerana orang-orangnya hanya akan buat kerja bila ada Upah. Kalu tak de duit boo layan.....
Macam mana pun selepas ini mari kita lihat keputusan pilihanraya di Bukit Gantang malam nanti. Aku mengharapkan kemenangan parti bulan mengambang. Apapun, mari kita rewang-rewang cari maklumat terkini dalam laman sesawang. Dan aku nak ucapkan terimakasih pada team bloggers yang berkampong di Bukit Gantang kerana sudi berkongsi berita-berita terkini untuk ditatapi oleh semua pembaca. Tahniah atas usaha gigih you all.

Aku mabuk
Mabuk cuaca
Aku mabuk
Juga sakit kepala
Aku mabuk, rasa nak muntah pun ada
Tapi aku mabuk gembira
Kenapa ye?



Aku juga mabuk piliharaya
Akan hilang bila dengar keputusan
Pada malam ketujuh harinya
Purnama empat bulan tahun ini juga


{Antara Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, aku rasa kempen mengundi paling mabuk di Bukit Gantang} - He..he...he....

Bukit Gantang yang panas.....



3, 4 hari ni asyik rasa pening-pening je kepala. Alahai…..kenapa pulak tubuh badan mula rasa tak selesa. Agaknya ada penyakit yang nak datang bertandang. Nak update blog pun rasa macam malas je. Aku lebih suka rewang-rewang dan jenguk laman sesawang orang lain Baca perkembangan politik negara. Baca apa pandangan rakyat tentang pilihanraya kecil 7 April ini.


Kerusi yang paling panas abad ini tentulah kerusi parlimen yang nak ditanding di Bukit Gantang. Mana tak panas, kerusi tu sebagai satu tunjuk arah parti politik mana yang bakal mengegarkan lagi politik negeri perak. Kalau tak, tak kan lah ada ura-ura yang bekas PM Malaysia, Tun Mahathir akan turun untuk turut sama berkempen kat sana. Kenapa tidak di Bukit Selambau? Dekat sedikit dengan kampong beliau sendiri. Tergugatkah pendirian bakal pengundi di Bukit Gantang nanti dengan kehadiran bekas PM ini?


Nampak gayanya orang parti bulan kena ambil langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia. Manalah tahu, kot-kot orang BN dapat ilham nak guna peluru terbaru untuk tembak sasaran. Orang-orang PAS jangan terlalu yakin dan megah bahawa mereka akan menang mudah di Bukit Gantang. Ramai penyokong yang datang berhimpun semasa hari penamaan calon tempohari belum lagi boleh menentukan kemenangan PAS. Kenapa aku tulis macam ni…….. kerana hari penamaan calon tu jatuh kepada hari Ahad, hari cuti hujung minggu dan ramai orang tak bekerja. Ramai yang hadir tu pun kebanyakkan datang daripada luar kawasan.


Hari mengundi pula 7hb April 2009 nanti jatuh pada hari Selasa. Hari Bekerja tu….. Berapa ramai pengundi berdaftar yang layak mengundi yang bekerja diluar kawasan dibenarkan bercuti pada hari berkenaan? PAS kena ambil kira juga faktor ini. Jangan sampai PAS dikatakan hanya menang sorak sahaja.


Dan telah ada suara-suara sumbang yang mengatakan orang-orang PAS di Bukit Gantang mula menunjukkan belang seolah-olah mereka dah menang. Sabar. Sabar…… mungkin itu hanya provokasi pihak lawan. Walau bagaimanapun, sensitiviti orang-orang tempatan terutamanya orang melayu kita haruslah diambil kira. Jangan terlalu mengutuk orang. Patutnya kena bagi penerangan apa yang PAS boleh dan pasti lakukan demi kebaikan para pengundi mereka. Ada yang kata mereka jelak dengan kempen mohon simpati pengundi diatas krisis jawatan MB. Macam mana pulak tu?


Entahlah…aku kat KL ni tak tahu macam mana suasana sebenarnya kat sana. Cuma dengar orang-orang kampong bercerita dan juga baca apa yang telah tertera dilaman maya. Aku harap PAS boleh menang dengan bilangan undi yang lebih meningkat berbanding pada piliharaya terdahulu. Kepada para petugas PAS disana aku ucapkan selamat berkempen. Kempenlah dengan lebih bijaksana agar bulan lebih bercahaya.
Oh Bulan mana bintang
diatas pokok kayu Ara
wahai pengundi Bukit Gantang
Undi kalian amatlah berharga

PAC syor beku gaji Zambry & Exco ?

Mesti puak-puak UMNO sakit hati baca berita ni. PAC siap bagi warning pada kakitangan berkaitan lagi. Yang tak tahan tu diarah kosongkan pejabat lagi.

Baca artikel dibawah ini daripada : http://www.malaysiakini.com/news/101125

PAC syor bekukan gaji MB, exco Perak
Mar 27, 09 3:59pm
Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) DUN Perak mencadangkan pembayaran gaji dan elaun menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exconya dibekukan serta-merta dengan alasan pelantikan mereka masih menjadi pertikaian.Pengerusi jawatankuasa itu Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu kerana BN telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan baru sewaktu gabungan DAP, PAS dan PKR mendakwa mereka masih kerajaan sah, lapor Bernama."Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan," beliau dipetik berkata kepada media di bangunan setiausaha kerajaan negeri yang menempatkan DUN itu.Wong berkata PAC juga memutuskan bahawa pelantikan tiga penasihat Dr Zambry - yang bertaraf exco - dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri sebagai tidak sah. Menurut agensi berita itu lagi, PAC mahu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim mengambil tindakan agar pejabat yang digunakan oleh empat penasihat tersebut dikosongkan dan semua kemudahan kepada mereka ditarik balik.


Tak sabar aku nak baca komen puak UMNO tentang hal ni.

Earth Hour - 28/03/2009 (8.30pm - 9.30pm)



Sempena kempen ‘Earth Hour’ besok, mungkin ramai yang akan menyertai kempen tersebut dan menutup lampu untuk tempoh sejam dari 8.30 pm – 9.30 pm. Ini adalah satu usaha kempen yang patut diberi pujian memandangkan ianya merupakan salah satu cara untuk menyelamatkan bumi kita daripada pencemaran alam yang makin ketara angkara perbuatan penghuninya sendiri.



Cuma yang merisaukan aku apakah akan ada Sang Pencuri@Perompak yang cuba mengambil kesempatan untuk memecah masuk dan mengambil harta orang pada saat kempen ini berjalan. Nampak gayanya para polis kenalah lebih bersedia. Agensi lain yang berkaitan hendaklah turut sama membantu. Mana tahu ada pulak yang nak mengambil kesempatan untuk kesenangan diri sendiri.



Anda diluar sana marilah kita bersama-sama menyertai kempen ini. Bumi kita hakmilik bersama. Janganlah lagi dicemari. Sayangi bumi.







sembang-sembang dgn ahli puteri umno

Aku baru lepas berborak dengan seorang ahli puteri umno perak yang tengah syok shopping sakan kat tengah Kuala Lumpur. Ha...ha....ha.... kan dah kata sebelum ni, memang korang semua sibuk nak membeli belah je. Tak kisahlah, katanya dia dapat duit free....(?) Siapa yang bagi ek?
Uuuuuiiiiii................yang tu rahsia katanya.
Bayangkan kalau si ahli ni yang hanya datang sebagai penyokong pun dapat duit "elaun sebagai peraih undi", yang jadi perwakilan pulak aku tak berapa nak percaya kalau dia kata 'satu sen pun tak de' He.....he.......he.... cover bagus nampak...
Cuma yang tak berapa sedap didengar tu bila si minah ni beritahu supaya aku jangan harap sangat Dato' Nizar boleh menang di Bukit Gantang. Lepas selesai di PWTC hujung minggu ni orang-orang umno perak akan mula berkampung di Bukit Gantang pula dan memulakan kempen yang lebih berbisa. Ye ke? Beriya-iya lah minah ni kutuk Dato' Nizar dan PAS. Aku tadah telinga je... sambil-sambil tu cuba gak korek rahsia apa tindakan mereka.
La, rupanya para puteri ni plan tindakan pun tak de lagi. Tunggu arahan pihak atasan. Tak leh nak memandai cuma waktu ni mereka hanya diberi penerangan akan keburukan parti bulan je.
Alahai.........

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...